SMK BATU SAPI
WEBSITE RASMI
WEBSITE RASMI
KATA PENGANTAR PENGETUA
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita masih lagi diberi peluang dan kesempatan untuk memikul amanah sebagai pendidik, bekerja menabur bakti serta terus menyumbang tenaga dan idea untuk meneruskan kecemerlangan pendidikan di SMK Batu Sapi.
Matlamat utama sekolah adalah untuk meningkatkan kualiti pengurusan dan peningkatan pencapaian murid ke satu tahap yang dapat mencapai KPI sekolah, memperkasa STEM agar murid mampu bersaing hingga ke peringkat antarabangsa. Pembudayaan PdPc, PAK21, PBD dan PLC yang berkesan diharap membantu melonjakkan prestasi murid-murid secara holistik. Penandaras kepada kejayaan dan keberhasilan usaha-usaha yang cekap dan berkesan adalah Kemenjadian Murid.
Akhir kata, saya yakin dan percaya bahawa SMK Batu Sapi sebagai salah sebuah Sekolah akan sentiasa berusaha secara total untuk menyediakan landskap pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna dalam usaha membentuk modal insan yang berkualiti. Apa juga halangan, cabaran dan transformasi yang mendatang, seluruh warga SMKBS harus berfikiran positif dan menerima dengan minda yang terbuka dan dengan penuh iltizam, dedikasi dan berintegriti untuk menempuh dan mengatasinya demi mencapai misi dan visi sekolah. Teruskan tekad, gandakan usaha agar kita dapat menjadi Khalifah yang dapat menyempurnakan tuntutan agama, bangsa dan negara.
Pengetua
Esmadi Bin Ismail
SEJARAH SMK BATU SAPI
SMK Batu Sapi ialah sebuah sekolah menengah kerajaan yang terletak 7 km ke Selatan Bandar Sandakan. Sekolah ini telah siap dibina pada bulan Disember 1983 dan mula berfungsi pada bulan Januari 1984. Pembinaan sekolah ini yang bernilai RM 10.5 juta adalah salah sebuah projek Kementerian Pendidikan yang dibiayai melalui pinjaman Bank Dunia.
Sekolah ini dibina dikawasan seluas 20.8 hektar lengkap dengan pelbagai kemudahan iaitu 3 blok bangunan 3 tingkat untuk 22 kelas, 5 makmal, perpustakaan, pejabat dan bilik guru, 1 blok bangunan bengkel, 2 blok bangunan 3 tingkat asrama untuk seramai 350 orang pelajar, 2 blok bangunan 4 tingkat sebanyak 16 unit rumah flat untuk guru, sebuah rumah banglow untuk Pengetua, 4 unit rumah teres untuk kakitangan, padang bola sepak yang luas, gelanggang bola keranjang, sepak takraw, dewan serbaguna untuk asrama dan sebuah kantin sekolah.
PELAN KEDUDUKAN KELAS
LOKASI SMK BATU SAPI, SANDAKAN, SABAH.