Sekolah Menengah Kebangsaan Batu kawa terdiri daripada 7 lambang asas. Terdapat 5 lambang yang terdiri daripada warna kuning, merah, biru dan putih manakala 2 lagi adalah tanaman iaitu buah nanas dan tangkai padi. Cogan kata Ketekunan, Disiplin, dan Berdikari.


Lambang bulatan biru di tengah-tengah disertakan dengan jalur merah, putih dan hitam melambangkan adat resam di Sarawak.


Ketekunan merupakan keadaan di mana pelajar bekerjasama dalam proses pembelajaran dan gigih dalam menjalani aktiviti akedemik mahupun ko-kurikulum. Disiplin pula adalah satu prinsip yang harus ada dalam setiap pelajar untuk menghormati guru serta memahami akan disiplin sekolah supaya tidak melakukan sebarang kesalahan. Selain itu, disiplin juga melambangkan betapa pentingnya untuk menjadi seorang insan yang berguna. Setiap kerja yang dijalankan akan terurus dan teratur atas sikap yang suka mencari sesuatu yang mencabar dalam kalangan pelajar dan guru. Sikap berdikari penting untuk melakukan sesuatu tugas tanpa bantuan orang lain.


BIRU: Melambangkan keamanan dan kesejahteraan pelbagai agama di sekolah. Mereka bekerjasama antara satu sama lain sebagai satu rumpun masyarakat yang bersatu padu untuk kegemilangan.


KUNING: Melambangkan taat setia serta hormat-menghormati antara pelajar dan guru dengan bertatatertib. Pelajar seharusnya menghormati guru kerana guru diibaratkan ibu dan bapa di sekolah untuk membentuk pelajar menjadi seorang yang berguna dan bertanggungjawab kepada keluarga, masyarakat dan Negara.


MERAH : Melambangkan keberanian pelajar dalam menjalankan tanggungjawab dan guru yang menjalankan tugas mereka. Keberanian seseorang pelajar merupakan suatu cara untuk mencuba sesuatu yang mencabar dalam pelajaran dan ketabahan guru yang sanggup menghadapi pelbagai kerenah pelajar.


PUTIH: Melambangkan kesucian hati di antara pelajar dan guru. Interaksi mereka melahirkan nurani yang suci dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan guru.


BUAH NANAS : Melambangkan Sarawak mempunyai penanaman nanas khasnya di Batu Kawa maka menjadi lambang lencana SMK Batu Kawa. Di samping itu, menjadi sumber pendapatan kepada mereka yang memerlukan untuk kehidupan yang lebih sempurna.


TANGKAI PADI : Melambangkan kesungguhan para pelajar dan guru yang berusaha untuk mendapat sesuatu yang baik sehingga membuahkan kejayaan.



MOTTO SEKOLAH / COGAN KATA SEKOLAH


Tekun Berdisiplin Berdikari


Tekun: Pelajar perlu belajar dengan bersungguh-sungguh dan tekun tanpa mengira penat lelah dalam usaha memburu kejayaan kerana ketekunan merupakan asas kejayaan.


Berdisiplin:pelajar juga perlu mematuhi segala peraturan, disiplin atau undang-undang sekolah. Disiplin harus dijadikan asas kehidupan pelajar kerana disiplin juga akan menentukan kejayaan seseorang pelajar. Pelajar berdisiplin, pelajar berjaya.


Berdikari: menanamkan sikap yakin akan diri dan mampu berdikari, dapat melakukan sesuatu tanpa mengharapkan bantuan. Pelajar akan berusaha sendiri menimba ilmu dan mengejar kejayaan tanpa bergantung kepada guru semata-mata.