Selamat Datang Ke Web Sites SMK Baling, Kedah Darul Aman
Sekolah Menengah Kebangsaan Baling telah dibina pada tahun 1966. Sekolah ini dibuka dgn rasminya oleh Tunku Abdul Malik Ibnu Almarhum Sultan Badlishah, DK, SPMK, PSB Pemangku Sultan Kedah Darul Aman pada hari rabu 28hb April 1974.
Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Persekolahan Menengah di Baling bermula pada bulan April 1962, dan ini merupakan asas kepada penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Baling sekarang. Pada mulanya sebuah kelas tingkatan satu (aliran melayu) dan sebuah kelas tingkatan satu (aliran Inggeris ) diwujudkan. Diasaskan oleh Tan Sri Hj Shafie bin Abdullah, penuntut perintisnya berjumlah 128 orang.sekolah ini menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Pulai dan Sekolah Rendah Tunku Putra,Baling. Guru besar yang pertama ialah Encik Abdullah Bin Zakaria.
Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Sistem sekolah lanjutan dijalankan antara tahun 1962 hingga 1964 dengan mementingkan sukatan-sukatan yang bercorak praktis dan vokasional perantaraan Bahasa Melayu dan inggeris.Untuk menerima murid-murid dari sekolah rendah dalam kawasan Baling pada ntahun ini juga, bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Baling telah didirikan di atas tapak sekarang.Seramai 58 orang penuntut dari aliran melayu dan 11 orang dari aliran Inggeris telah mengambil peperiksaan SRP/LCE pada tahun 1965.
Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Pada tahun 1966 pelajar telah meningkat kepada 889 orang dan guru-guruĀ berjumlah 53 orang.Sekolah ini menumpang di Sekolah Kebangsaan Pulai, Sekolah Kebangsaan Baling, dan Sekolah Rendah Jenis Yeok Chee Baling. Pada tahunitu juga bangunan baruĀ sekolah siap dibina dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Baling.Bangunannya terdiri daripada sebuah bangunan asrama,sebuahĀ bangunan bilik-bilik darjah dan sebuahĀ kantin.
Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Pada bulan Oktober 1967,seramai 324 pelajar mengambil Peperiksaan SRP dibawah āSistem Aneka Jurusanā. Pada tahun 1968 bangunan tambahan siap dibina dan semua penuntut dipindahkan ke bangunan sendiri.Pada bulan November 1968 pelajar sekolah ini menduduki peperiksaan SPM/FMC dan School Certificate buat kali pertama. Bilangan mereka seramai 38 orang. Pada 10 mei 1968 satu mesyuarat Agung Penubuhan Persatuan ibubapa guru-guru Sekolah Menangah Kebangsaan Baling diadakan dan diluluskan Pendaftaran pada 29 April 1968.
Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Pada 28 ogos 1974, DYMM Tunku Abdul Malik Ibni Almarhum Tunku Badlishah, Pemangku Sultan Kedah telah merasmikan pembukaan Sekolah Menangah Kebangsaan Baling. Pada tahun 1978 , Sekolah Menengah Kebangsaan Baling memulakan aliran sains tingkatan 4 dengan bilanganĀ pelajar seramai 42 orang. Kelas tingkatan 6 telah diadakan di sekolah ini pada 1980 dengan bilangan pelajar seramai 37 orang . Hal ini telah menaikkan taraf Sekolah Menengah Kebangsaan Baling Sebagai Sekolah Gred A.
Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Pada 23 ogos 1987, Kompleks Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Baling siap dibina dan boleh digunakan untuk memuatkan seramai 180 penghuni pelajar putera dan puteri. Perayaan Jubli Perak telah diadakan pada 28 ogos 1988 yang dirasmikan oleh YB Encik Anwar Bin Ibrahim. Menteri Pendidikan Malaysia. Pada 9 bhingga 13 jun 1996, EKSPO Reka Cipta Kebangsaan kali ke-2 telah diadakan di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Sekolah Menengah Kebangsaan Baling yang diwakili oleh empatĀ orang pelajar dalam kategoriĀ Robotik (SQC MICRO 1)
Mesyuarat Agung PIBG
KOR (B) Tn Hj Mohd Isa bin Yahaya (TLDM)
YDP PIBG SMK Baling
Penyerahan Van SMK Baling
Semoga bermunafaant untuk anak-anak SMK Baling bagi melicinkan pengurusan mereka seharian.
Merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak 500 m dari pekan Baling. Mempunyai murid bermula dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 6. SMK Baling merupakan sebuah sekolah berstatus Asrama Harian di mana asramanya dapat menampung hampir 200 orang murid dalam satu masa.Ā
Pembahagian Kelas bagi Tingkatan 1 hingga 3
Kelas Aliran Arab
Kelas Rancangan KhasĀ
(DLP, Bahasa Cina)
Pembahagian Kelas bagi Tingkatan4 dan 5
Sains Tulen (STEM A) + Sains Komputer
Sains Tulen (STEM A) + Bahasa Arab
STEM (B) Fzik + Kimia + GKT
Perakaunan, Ekonomi dan Matematik Tambahan
Pengajian Perniagaan + PSV dan Geografi
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
Dewan Utama boleh memuatkan 600 orang dalam satu masa
Bilik mesyuarat dilengkapi PA sistem dan Smart TV. Boleh memuatkan 80 orang dalam satu masa
Bilik pembelajaran berhawa dingin dengan dilengkapi Smart TV dan boleh memuatkan 25 orang dalam satu masa
Bilik pembelajaran berhawa dingin boleh memuatkan 25 orang dalam satu masa
Dewan makan dilengkapi PA sistem dan skrin. Boleh memuatkan 200 orang dalam satu masa.
Asrama dilengkapi katil. Boleh memuatkan 100 pelajar lelaki dan 100 pelajar perempuan dalam satu masa.
Surau terletak dalam kawasan asrama dengan dilengkapi skrin dan PA sistem
Surau terletak di kawasan dewan sekolah dengan dilengkapi aircon, skrin dan PA sistem
Bilik pembelajaran berhawa dingin dengan dilengkapi Smart TV dan boleh memuatkan 25 orang dalam satu masa
Ruang makan Guru dan Murid yang boleh memuatkan 300 oang dalam satu masa dan dilengkapi dengan pentas dan PA sistem
Gelanggang Tiju untuk latihan pusat Majlis Sukan Negara
8 buah Makmal Sains iaitu masing-masing satu Makmal Fizik, Kimia, Biologi, Ting 1, 2, 3, 4 dan tingkatan 6
Dua buah Makmal ICT bagi kegunaan mata pelajaran Sains Komputer Menengah Atas dan ICT Ting 6
Sebuah Studio untuk amali GKT boleh memuatkan 25 orang dalam satu masa
Sebuah kedai koperasi menjual peralatan dan keperluan murid di sekolah
Sebuat Bengkel untuk amali RBT boleh memuatkan 25 orang dalam satu masa
Bilik Amali dan simulasi STEM dengan Green Screen serta berhawa dingin boleh memuatkan 25 orang dalam satu masa
Sebuah Bilik 2 bey untuk menyimpan soalan peperiksaan sekolah
2 buah bilik untuk guru lelaki dan perempuan berehatĀ
Bilik mesyuarat dilengkapi PA sistem dan boleh memuatkan 80 orang dalam satu masa
Sebuah perpustakaan untuk kegunaan murid membuat rujukan pembelajaran
Bilik Self Access Learning English boleh memuatkan 25 orang dalam satu masa
Sebuah Gelanggang yang digunakan bersama untuk perhimpunan, permainan takraw, bola jaring, bola fotsal dan bola tampar
43 buah kelas disediakan untuk murid tingkatan 1 hingga 6 atas dilengkapi White board, kerusi dan meja.
Sebuah bilik yang dapat memuatkan 25 orang murid untuk kegunaan murid membuat rujukan pembelajaran
Bilik kuliah yang boleh memuatkan 25 orang dalam satu masa
Bilik pembelajaran dengan dilengkapi Smart TV dan boleh memuatkan 50 orang dalam satu masa
2 buah buah Studio untuk amali PSV boleh memuatkan 35 orang dalam satu masa dan sebuah galeri lukisan.
Bagunan ini adalah sebuah bagunan gotong royong
Bilik yang kondusif untuk berjumpa 3 orang kaunselor sekolah