Tuan Hj. Suhot bin Hj. Sayuti 1988
Tuan Hj. Megat Raduan bin Megat Taib 1988 - 1991
Tuan Hj. Ghazali bin Abdul Wahab 1992
Tuan Hj. Suhot bin Hj. Sayuti 1992 - 1995
Tuan Hj. Suib bin Hj. Arshad 1995
Tuan Hj. Suhot bin Hj. Sayuti 1997 - 2003
Tuan Hj. Arip bin Sa'aya Oktober 2004 - Oktober 2011
Puan Naemah binti Ramli November 2011 - Disember 2014
Encik Mohd. Lotpi bin Razali Disember 2014 - 2 Januari 2021
Encik Taufik Suhaimi bin Ahmad 9 April 2021 hingga kini
SMKA Sultan Azlan Shah atau dulunya SMKA Perak telah ditubuhkan pada 1 Januari 1984 yang juga merupakan SMKA pertama di negeri Perak. Pengambilan pelajar rintisnya dibuat pada 16 Januari 1984 iaitu seramai 106 orang pelajar terpilih dari seluruh Perak di tingkatan 1. Pada ketika itu, sekolah ini masih tidak mempunyai bangunannya sendiri dan hanya menumpang di bangunan SM Gunung Rapat yang dipinjamkan secara penuh untuk penginapan pelajar SMKAP. Pada tanggal 18 Disember 1987, ia dipindahkan ke bangunan baru di Seri Iskandar, Bota. Sekolah ini telah dirasmikan pada 16 Jun 1988 oleh DYMM Paduka Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibuddin Shah Ibni AlMarhum Sultan Yusuf Izuddin Shah. Bersempena dengan perasmian itu, nama sekolah ditukar kepada SMKA Sultan Azlan Shah bersempena dengan nama baginda.
Facebook | Youtube | Instagram | Telegram