MURID SEBAGAI INSTRUKTOR
TARIAN NGAJAT
GROOVY CURVY GIRLS (GCG) merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan oleh barisan jawatankuasa asrama SMK Abdul Rahim II yang menggabungkan dua elemen iaitu Tabata dan Tarian Tradisional. Tabata sebenarnya merupakan salah satu cabang HIIT (high intensity interval training). Secara spesifiknya, ia merupakan senaman berdurasi 4 minit yang dipecahkan kepada 8 bahagian senaman. Setiap bahagian mempunyai durasi selama 20 saat pergerakan dan 10 saat berehat. Manakala tarian tradisional merupakan sejenis seni gerak yang mengandungi gerakan tubuh badanyang mempunyai unsur – unsur keindahan . Tarian dapat dipersembahkan melalui gerakan tangan , kaki , badan , mata dan anggota badan yang lain.
SILA SCAN QR CODE UNTUK KE LAMAN WEB RASMI GCG
ATAU TEKAN LINK DI BAWAH DENGAN MENEKAN BANNER DI BAWAH