Mata merit (bonus) akan diberikan kepada pelajar sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan sekolah terhadap jasa baik dan sumbangan pelajar kepada sekolah. Mata bonus ini akan direkodkan dalam SSDM [Sistem Sahsiah Diri Murid] Aspek-aspek yang diambil kira adalah :
Ø Akademik
Ø Sahsiah
Ø Kepimpinan
Ø Ko-kurikulum
Pelajar yang melakukan kesalahan akan diberi mata demerit (penalti/hukuman). Mata kesalahan akan direkodkan dalam Sistem Merit Demerit. Tindakan susulan akan diambil berdasarkan tatacara perlaksanaan sistem merit-demerit selaras dengan tatacara JK Disiplin Sekolah SMK Agama Limbang
[SEDANG UJI LARI]
3.1 Sistem demerit yang dikenakan ke atas pelajar yang melanggar peraturan sekolah masih berkuatkuasa termasuk tindakan disiplin yang ditetapkan contohnya untuk kes-kes berat, merokok, membuli, ponteng kelas, mencuri, melawan guru. (Rujuk Buku Peraturan Sistem Demerit)
3.2 Semua kes disiplin, di sekolah yang dialami oleh pelajar mestilah dirujuk terlebih dahulu kepada kaunselor sekolah untuk penyiasatan dan menentukan punca sesuatu masalah.
3.3 Terpulang kepada kaunselor sekolah untuk menentukan sama ada seorang pelajar itu perlu dikenakan tindakan disiplin atau tidak
3.4 Sekiranya kaunselor mendapati masalah pelajar ini boleh diatasi dengan mengadakan kaunseling individu berterusan, kaunselor mestikan mengaturkan jadual perjumpaan dan pemantauan untuk pelajar ini.
3.5 Sekiranya kaunselor berpendapat seorang pelajar ini perlu diambil tindakan disiplin, pelajar ini akan dihantar ke lembaga disiplin untuk diambil tindakan bersesuaian dengan kesalahan dilakukan.
3.6 Tugas kaunselor ialah menyiasat punca masalah dan tugas lembaga disiplin mengambil tindakan disiplin berdasarkan laporan kaunselor. Ini untuk mengurangkan beban guru disiplin yang didapati mengambil masa yang lama untuk menjalankan penyiasatan sehingga terpaksa meninggalkan kelas sedangkan tugas penyiasatan dan menentukan punca masalah ialah tugas kaunselor sekolah.
3.7 Justeru itu, hanya untuk kes-kes di mana pelanggaran peraturan sekolah dilakukan secara terang-terangan dan ada saksi sahaja akan terus diambil tindakan oleh Lembaga disiplin.
3.8 Untuk semua tindakan yang dikenakan, sila rujuk Pekeliling Yang berikut:
3.8.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 10/2001 – Semua Guru Adalah Guru Disiplin
3.8.2 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/2003 – Kuasa Guru Merotan Murid
3.9 Guru adalah diingatkan bahawa sistem ini bukanlah jalan penyelesaian terakhir terhadap masalah yang dihadapi. Oleh itu sebaik-baiknya cuba atasi masalah tersebut dengan cara lain dahulu.