Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terlebih dahuu sya ingin mengucapkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T, kerana dengan limpah dan rahmatnya kita dapat mengecap nikmat hidup dalam iman.
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan SMK Abaka yang terlibat dalam menghasilkan buku panduan pengurusan dan takwim ini.
Kita sedia maklum sepanjang dua tahun ini kita berhadapan dengan cabaran pandemik Covid19 yang sedikit sebanyak memberi cabaran kepada kita semua sebagai warga pendidik.
Bertitik tolak dari semua itu, kita semua sebagai warga pendidik harus mendepani cabaran ini dengan hati yang terbuka dan menyiapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan ilmu yang bersesuaian dengan situasi semasa.
Sehubungan dengan itu, harapan saya semua warga pendididk SMK Abaka haruslah memberikan yang terbaik demi melahirkan insan yang berkualiti dari segi rohani dan jasmani.
Oleh itu kita semua sebagai warga pendidik harus lebih bertanggungjawab, amanah, berintergriti, ikhlas dalam memainkan peranan sebagai pendidik untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara, agaamaa dan bangsa.
Sekian, terima kasih.