Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Tebobon
SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SMK TEBOBON
VISI
PENDIDIKAN BERKUALITI,
INSAN TERDIDIK,
NEGARA SEJAHTERA
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
TEMA SEKOLAH
Kemenjadian Murid dan Kualiti Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Tebobon atau lebih dikenali sebagai SMK Tebobon ialah sekolah kerajaan yang dibina pada sekitar tahun 2001. Pada asalnya, tapak tempat pembinaan SMK Tebobon ialah merupakan sebuah ladang pokok getah. Nama 'Tebobon' yang diambil oleh SMK Tebobon adalah berasal daripada nama Kampung Tebobon yang terletak di kaki bukit, tempat di mana SMK Tebobon turut berada. SMK Tebobon mempunyai kawasan yang sangat luas dan bangunan yang besar seakan-akan tahap universiti. Sekolah ini ditempatkan di atas bukit dengan pemandangan yang indah seperti Gunung Kinabalu dan bukit-bukau yang menjadi pencakar langit.
Tekun Berusaha Paksi Jaya
Jadi Amalan Kami Semua
Kami Berazam Ke Puncak Jaya
Semoga Tuhan Merahmatinya
Guru Berjasa Kami Hormati
Setiap Masa Setiap Hari
Disiplin Diri Kami Patuhi
Kami Warga Malaysia Sejati
Budaya Ilmu Jadi Amalan
Berilmu Beramal Jadi Pegangan
Hidup Berjasa Jadi Impian
Berjaya Warga SMK Tebobon