PENGETUA
ENCIK YUSRI BIN TOKIS
PENGETUA
ENCIK YUSRI BIN TOKIS
Assalammualaikum wbt, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Terlebih dahulu cikgu melahirkan rasa syukur kepada Allah Taala kerana dengan keizinanNya dan kekuatan yang ada pada warga sekolah , maka SITES SMK Tun Abang Hj Openg (TAHO) dapat dilaksanakan pada tahun 2024 ini.
Tahniah dan terima kasih kepada cikgu Fridah Sidi, penyelaras SITES sekolah, cikgu Harni Farlina Binti Hasnan, cikgu Siti Rohaiza Binti Ali Yusop dan semua AJK yang telah membantu untuk pendigitalan SMK TAHO. Terima kasih juga kepada semua pihak pentadbir kerana memberi kerjasama untuk membuat SITES sekolah. Sekolah perlu mengorak langkah bagi menentukan hala tuju baharu dalam sistem pendidikan negara yang dapat melahirkan generasi fasih digital sebagai usaha menyediakan modal insan yang berdaya saing pada masa hadapan.
Selaras dengan hasrat ini, semua pihak perlu komited demi melonjakkan potensi dan pencapaian pelajar berfokuskan peningkatan kompetensi murid khususnya dalam pendigitalan. Sekolah sentiasa berusaha melahirkan generasi fasih digital untuk meningkatkan penguasaan murid dalam teknologi digital, memperkaya kandungan digital yang berkualiti dan akhirnya mereka dapat menerokai ilmu dan tidak semata-mata mendapt atau menerima daripada guru sahaja.
Sistem pendidikan pada masa ini berhadapan dengan pelbagai cabaran dan kekangan luar jangka yang memerlukan perubahan secara menyeluruh. Dalam hal ini, kita berharap dengan adanya SITES sekolah dapat memacu perubahan landskap pendidikan digital di sekolah ini.
Oleh sebab itu, perubahan segera perlu dilakukan bagi memastikan proses pendidikan dapat berjalan lancar. Pihak sekolah berharap dengan adanya SITES ini maka memudahkan warga sekola untuk menyampaikan dan menyulurkan maklumat nanti.
Sekian, terima kasih.
( YUSRI BIN TOKIS )
LOKASI
Alamat : Jalan Demak , Petra Jaya, 93050. Kuching Sarawak
No Telefon : +6082447540
Fax : 082 443976
Emel : yee1301@moe.edu.my
Kod sekolah : YEE1301
Waktu pejabat : 8.00 pagi - 5.00 petang (Isnin - Jumaat)