e -SKUSES
BEA 7620
BEA 7620
SELAMAT DATANG WARGA SKUSES
CERDAS CERGAS CEMERLANG
PENGENALAN
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kundang atau nama ringkasnya SKUSES, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang, Selangor, Malaysia. Terletak di mukim Rawang dalam Daerah Gombak. Jaraknya 25 km dari pekan Rawang, Selangor dan 7 km dari Bandar Baru Sungai Buluh. Mula beroperasi pada tahun 2003
MISI & VISI SEKOLAH
PENGETUA SMK SERI KUNDANG
NOR ADHA BINTI IBRAHIM
PENGETUA
SMK SERI KUNDANG
NOR ADDHA BINTI IBRAHIM
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T atas segala limpah kurniaNya diberi ruang kesempatan kepada saya untuk menyampaikan amanat dalam Portal Rasmi Sekolah SMK Seri Kundang
Kita sedia maklum bahawa pendidikan kini sedang melalui satu transformasi penting. Malaysia sedang berada di ambang negara maju. Kita sedia maklum dalam era transformasi ini, seluruh minda dan kudrat rakyat perlu di gembeleng untuk memacu kemajuan negara dalam persekitaran global yang lebih mencabar. Sebagai pentadbir, saya berazam menyahut Kementerian Pelajaran bergandingan tangan untuk merealisasikan hasrat murni tersebut. Saya yakin dan berdoa dengan memiliki kumpulan guru dan staf yang berdaya saing akan tercapai hasrat murni kerajaan untuk merealisasikan negara maju.
Signifikannya pendidikan sekarang merupakan pelaburan masa hadapan negara. Justeru itu kumpulan murid terbaik yang bagaimanakah ingin dihasilkan untuk berdepan dengan cabaran ekonomi abad ke-21. Jenis pendidikan yang bagaimanakah perlu disediakan untuk mereka hadapi dunia globalisasi yang pantas berubah. Kedua-dua aspirasi ini merangkumi dua aspek. Pertama, sistem pendidikan secara keseluruhan, dan kedua murid secara individu. Visi dan aspirasi ini akan menjadi landasan transformasi sistem pendidikan kita.
Perancangan yang teliti dan relevan akan menjana kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah. Matlamat dan objektif akan dapat dicapai hasil daripada perancangan yang bijak dan teratur. Kerjasama dan komitmen dari semua warga sekolah dan komuniti setempat dapat merealisasikan impian menjadi kenyataan. Bermula dengan muafakat, usaha yang tekun dan sikap taat setia akan membuahkan hasil yang cukup berkualiti tinggi.
Sekian, terima kasih.
"SKUSES ROAD TO SUCCESS"
BARISAN PENTADBIR SEKOLAH
PN. NURUL AIDA BINTI AHMAD
(PEN. KANAN PENTADBIRAN)
PN. ZANARIAH BINTI HUSSEIN
(PEN. KANAN HEM)
PN. NURUL HAKIMAH BINTI MAHMOOD
(PEN. KANAN KOKURIKULUM)
PN. ROSIDA BINTI MOHAMED ZAIN
(PEN. KANAN PETANG)
BARISAN GURU KANAN MATA PELAJARAN
PN. HARYATI BINTI ABDOL JALIL
(GKMP-BAHASA)
PN. NORRABA'A BT. MAT NOOR
(GKMP-MATEMATIK/SAINS)
CIK SALMAH BINTI SALLEH
(GKMP-KEMANUSIAN)
PN. JOHANA BINTI MOHAMED ALI
(GKMP-TEKNIK &VOKASIONAL)