Bolehkah saya gunakan ID MOE dari sekolah lama?
ID MOE dan password adalah sama walaupun anda dari sekolah lain. Tetapi, password akan direset secara automatik jika akaun MOE anda tidak digunakan melebihi 3 bulan. Sila mohon untuk reset password melalui borang yang telah disediakan.
Saya dari sekolah swasta dan sekolah sebelum ini tidak mempunyai ID MOE.
Isi borang permohonan. Selalunya ID baru akan dijana sistem setiap 3 bulan.
Mengapa kita perlu menggunakan ID MOE jikalau saya boleh menyertai Google Meet dengan email personal?
Email personal adalah terhad. Hanya dengan ID MOE murid dapat menyertai Google Classroom. Dengan ID MOE juga, pelajar dapat mengakses Portal DELIMa dimana terdapat banyak aplikasi di situ sebagai contohnya buku teks digital dan akses Microsoft 360 secara percuma. ID MOE ini juga dapat digunakan di peringkat tertiari.
Saya tidak ada email lain untuk dihubungi.
Boleh gunakan email ibu bapa. Jikalau ibu bapa juga tidak mempunyai email, isikan nama guru kelas.
Saya tidak mahu password baru. Saya hanya ingin menyemak password.
Password anda adalah rahsia. Oleh itu, kami tidak ada rekod untuk password pelajar. Password hanya boleh di reset.
Mengapa mengambil masa 3 hari untuk proses.
Setakat ini, semua dilakukan secara manual. Oleh itu, masa 3 hari bekerja amatlah memadai untuk sekolah memandangkan permohonan yang diterima banyak.