LENCANA SEKOLAH DAN LAGU SEKOLAH

I   LENCANA SEKOLAH

Pengertian Lencana Sekolah

Dunia dan lingkaran : Pendidikan berasaskan Teknologi Maklumat
Gear dan Mata : Bersama-sama mendokong cita-cita negara bagi melahirkan pelajar yang berpengetahuan sains dan teknologi
Tiga kepala manusia : melambangkan kekuatan, permuafakatan dan perpaduan
Kuning : Melambangkan kedaulatan undang-undang dan taat setia serta mematuhi undang-undang dan peraturan
Hijau muda : Kemakmuran dan kesejahteraan hasil daripada sikap berani/yakin menghadapi cabaran, tegas dan bertindak atas nama kebenaran
Biru : Melambangkan pendidikan yang berteraskan kasih sayang dan perpaduan melahirkan insan yang mempunyai keperibadian/akhlak yang mulia dan diamalkan dalam kehidupan
Buku yang sentiasa terbuka : Pelajar dituntut mencari ilmu, buku sebagai sumber ilmu, terbentang luas bersedia untuk dipelajari dan diterokai

Moto Sekolah : “Berwawasan, Cemerlang, Berketerampilan”


I Lagu Sekolah SMK Pusat Bandar Puchong 1

Di atas bukit indah dan permai
Tersergam megah sekolah kami
SMK Pusat Bandar Puchong 1
Sekolah kami yang kusanjungi

Sekolah kami yang berwawasan
Menjadi tunggak kecemerlangan
Tempat menuntut ilmu berkualiti
Sahsiah mulia teras utama

Kami berjanji sehati sejiwa
Mengharumkan nama sekolah kami
SMK Pusat Bandar Puchong 1
Berwawasan, berketerampilan, cemerlang