SELAMAT DATANG KE e-PORTAL SMK PERIMBUN
PENGETUA
PN NORALINA BINTI ISHAK
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah menggembleng tenaga, idea dan pandangan untuk merealisasikan e-PORTAL ini. e-PORTAL ini disediakan agar dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada guru-guru untuk merancang dan menjayakan aktiviti dan program-program sekolah dengan lebih efisien. Sesungguhnya kejayaan tidak dapat diperoleh dengan mudah tanpa melakukan banyak pengorbanan.
Bidang tugas kini kian mencabar, memerlukan setiap sekolah membina perancangan yang rapi, sistematik dan holistik. Oleh itu, saya menyeru agar setiap warga SMK Perimbun bersama-sama mengambil tindakan proaktif dalam mendukung misi dan visi sekolah ini serta aspirasi yang digarap dalam Pelan Induk Pendidikan Malaysia 2013 -2025. Dalam menghadapi dunia yang berubah-ubah, ketidakpastian, rumit dan tidak jelas (VUCA) hari ini banyak cabaran perlu kita hadapi khususnya dalam dunia pendidikan. Para guru mesti berada di hadapan pada setiap masa seperti memahami terma teknologi bagi memastikan dapat menghasilkan murid yang berbakat dengan kemahiran yang boleh dipasarkan. Dalam usaha meningkatkan kualiti pengurusan dan meningkatkan pencapaian kemenjadian murid ke satu tahap yang membanggakan dan boleh bersaing di peringkat global, pembudayaan TMK dalam pengurusan dan PdPc dilihat sebagai satu usaha yang dapat membantu untuk peningkatan akademik, kurikulum serta sahsiah murid. Dalam hal ini, saya amat yakin bahawa buku pengurusan ini merupakan manifestasi kolaboratif, komitmen serta panduan bagi semua pihak iaitu guru dan barisan kepimpinan sekolah. Inilah sistem jalinan dan jaringan secara menyeluruh yang perlu dikekalkan.
Akhir sekali, apa-apa pun cabaran dan transformasi yang bakal mendatang kita harus berfikiran positif dan menerima dengan minda terbuka. “BE TOP PERIMBUN”
PENGETUA SMK PERIMBUN 2025
PK PENTADBIRAN
PN NAFSIRI BINTI ABDUL HAMID
PK HAL EHWAL MURID
PN ENGKU FARIDAH BINTI ENGKU MAT
PK KOKURIKULUM
PN NORLIYANTI BINTI ITHNAIN
PK PETANG
PN NOR AIDAH BINTI ABU SHAH
PK TINGKATAN 6
PN SHAHRINA BINTI ZAINAL ABIDIN
GKMP BAHASA
PN W.MAIZATUL AKMAL BINTI W.MUSTAFA
GKMP TEKNIK & VOKASIONAL
EN HUSEIN BIN OMAR
GKMP KEMANUSIAAN
PN FAZILA BINTI MOHAMAD KHAIRUDDI
GKMP SAINS & MATEMATIK
PN SITI SOLEHAH BINTI ROSLI