UNIT KURIKULUM
Diselia oleh : SU KURIKULUM
RUJUKAN SITE LAMA SEKOLAH
UNIT KURIKULUM
Diselia oleh : SU KURIKULUM
GALERI KURIKULUM
SMK MANTIN 2026
CARTA ORGANISASI 2026
GALERI KURIKULUM
SMK MANTIN 2024
BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SPM 2024 PERINGKAT DAERAH SEREMBAN
📅 10 Oktober 2024 (Khamis)
📍 Dewan Harmoni, SMK Mantin
⏰ Masa: 7.30 pagi – 4.30 petang
Bengkel berprestij ini dirasmikan oleh Tuan Haji Norazam bin Haji Nayan, Pegawai Pendidikan Daerah Seremban. Program ini bertujuan memberikan pendedahan dan panduan teknik menjawab soalan SPM dengan berkesan kepada para pelajar. Program ini anjuran SMK Mantin dengan kerjasama PPD Seremban dan PIKBS tajaan Kolej UNITI Port Dickson.
DIALOG PRESTASI PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM
📅 Tarikh: 8 Oktober 2024 (Selasa)
📍 Lokasi: Dewan Harmoni, SMK Mantin
⏰ Masa: 8.30 pagi – 10.30 pagi
Sesi dialog ini bertujuan untuk membincangkan prestasi dan pencapaian murid-murid dalam Peperiksaan Percubaan SPM. Guru-guru memberikan maklum balas terperinci serta strategi untuk meningkatkan keputusan pada peperiksaan sebenar. Diharap semua pelajar dapat mengambil pengajaran dan memperbaiki usaha mereka untuk mencapai kecemerlangan!
BENGKEL PEMBINAAN GOOGLE SITES DAN PENGGUNAAN AI
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
📅 Tarikh: 3 Oktober 2024 (Khamis)
⏰ Masa: 2.30 petang – 4.30 petang
📍 Tempat: Dewan Harmoni, SMK Mantin
Bengkel ini memberi penekanan kepada pengukuhan kurikulum melalui teknologi digital. Guru-guru dilatih membina laman Google Sites untuk menyokong bahan PdP yang inovatif serta menggunakan AI sebagai alat bantu dalam melaksanakan kurikulum yang lebih interaktif dan berkesan. Pengintegrasian teknologi ini diharap dapat meningkatkan mutu pengajaran dan memaksimumkan potensi pelajar!
BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SPM 2024 PELAJAR TINGKATAN 5
Tarikh: 24/8/2024
Masa: 8.00-12.30pm
Tempat: Dewan Anggerik
Penceramah: Pn.Norzulliana Bt Mat Deng
BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SPM PELAJAR TINGKATAN 4
Bengkel Menjawab Bahasa Melayu bagi pelajar Tingkatan 4 telah dijalankan pada 4 September 2024, di Dewan Harmoni.
KELAS TAMBAHAN BAGI PELAJAR TINGKATAN 5 TAHUN 2024
Kelas Tambahan KRSV (5PSV1) pada hari Selasa.
Kelas Tambahan KRSV (5PSV1) pada hari Rabu.
Kelas Tambahan KRSV (5PSV1) pada hari Khamis.
Program Peningkatan Akademik Sains Tulen oleh Panitia Fizik dijalankan pada 30 Ogos 2024, Jumaat bagi kelas 5 Sains 1 dan 5 Sains 2.
Kelas Tambahan Sejarah.
Kelas Tambahan Sains pada 8.30-10.30am di Dewan Harmoni.
PROGRAM MUKHAYYAM BAHASA ARAB 2024
📅 Tarikh: 14 September 2024 (Sabtu)
📍 Tempat: Surau Al-Hasanah, SMK Mantin
Guru Bahasa Arab SMK Mantin, Ustazah Kasmah binti Misnan telah menjemput mahasiswa daripada USIM sebagai fasilitator dalam Program Mukhayyam Bahasa Arab 2024. Program ini bertujuan untuk memperkukuh penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar kelas KAA melalui pelbagai aktiviti menarik dan interaktif.
Kerjasama dengan fasilitator mahasiswa ini diharapkan dapat memberi inspirasi dan motivasi kepada pelajar untuk terus mempelajari dan mencintai bahasa Arab!
TAKLIMAT PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI DIGITAL (PKLD)
Taklimat Pentaksiran Kompetensi dan Literasi Digital (PKLD) bagi Murid Tingkatan 2 dan 3 pada 23 Ogos 2024 di Dataran Perhimpunan.