SELAMAT DATANG KE SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MAHSURI
Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri merupakan sebuah sekolah menengah yang tertua di Langkawi. Ia ditubuhkan pada tahun 1964 dengan nama “Sekolah Lanjutan Kampong” lalu kemudian dikenali sebagai “Sekolah Menengah Kuah”. Pada tahun 1966, sekolah ini dipindahkan ke kilometer 2, Jalan Ayer Hangat dengan nama “Sekolah Menengah Mahsuri”.
Pada bulan April 1966, asrama sekolah ditubuhkan dengan menggunakan Blok B sekolah. Pada tahun 1982, 2 buah blok asrama, sebuah blok kantin dan surau telah dibina. Kini, sekolah mempunyai asrama yang terdiri daripada 4 buah blok asrama (2 buah blok lelaki dan 2 buah blok perempuan). Sekolah ini dirasmikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia iaitu En. Mohamed Khir Johari pada 12 November 1966. Nama Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri dipilih mengambil sempena wanita legenda tersohor di Langkawi iaitu Mahsuri binti Pandak Mayah.
Pada 1 Ogos 1997, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri. Semenjak Tahun 1986 sehingga sekarang, sekolah ini dikelaskan sebagai sekolah menengah gred A. Kini, SMK Mahsuri terdiri daripada tujuh blok bilik darjah, sebuah makmal komputer, sebuah makmal sains, sebuah dewan, sebuah blok asrama lelaki dan dua blok asrama perempuan. Setakat bulan Oktober 2018, SMK Mahsuri mempunyai bilangan guru seramai 140 orang manakala bukan guru adalah seramai 16 orang. Jumlah pelajar sehingga kini adalah seramai 1657 oranga. Pecahan menurut jantina pula adalah 737 adalah pelajar lelaki manakala 920 adalah pelajar perempuan.
Megah di seluruh negeri
Maju di segala bidang
Namamu kami sanjungi
Sekolah Menengah Mahsuri
Akademik kami bina
Akhlak mulia kami jaga
Kami setia bersamamu
Berusaha moga berjaya
Maju majulah Mahsuri
Tingkatkanlah usahamu
Azam untuk terus maju
Semoga kau tetap berjaya
Melihat namamu harum
Kami akan rasa bangga
Dalam mencapai cita-cita
Ke arah insan yang sempurna (2x)