SMK LKTP KAHANG TIMUR
SEMAKMUR HEBAT !
SEMAKMUR DIHATIKU
SEMAKMUR HEBAT..SEMAKMUR DIHATIKU..
SEMAKMUR HEBAT !
SEMAKMUR DIHATIKU
KANDUNGAN
SMK (FELDA) Kahang Timur yang dikenali sebagai SEMAKMUR dibuka pada 3 Januari 1988 Tujuan pembukaan ketika itu adalah untuk memberi pendidikan kepada murid yang terdiri daripada anak-anak peneroka dari FELDA gugusan Kahang yang semakin ramai dan menangani kesesakan murid di sekolah-sekolah sekitarnya. Bilangan murid mengikut tahun seperti berikut yang terdiri daripada anak atau cucu peneroka dari FELDA Kahang Barat , FELDA Kahang Timur dan FELDA Ulu Dengar serta penduduk sekitarnya (Felcra, Kampung Kurnia dan Kampung Seri Timur) ;
Pada awal pembukaan sekolah ini hanya terdapat 14 orang guru dan 4 orang kakitangan sekolah. Bilangannya bertambah pada 1989 kepada 25 orang guru. Tahun 2000, gurunya ialah seramai 60 orang. Bagaimanapun kini, bilangan guru telah berkurangan kepada 42 orang dan Anggota Kumpulan Pelaksana ( AKP ) seramai 7 orang.
Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Pembelajaran dibuka pada tahun 2006 di SEMAKMUR yang terdiri daripada pelbagai kategori ketidakupayaan seperti Sindrom Down, Autisme, Slow Leaner, Ketidakupayaan Fizikal dan Lain-lain. Dari sudut PdP, anak-anak istimewa ini diberi penekanan kepada kemahiran dan perkembangan sosial serta psikomotor murid agar mereka dapat berdikari dan bersosialisasi bersama masyarakat. (KLIK UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT)
Di sini terletaknya semua kokurikulum yang terdapat dalam sekolah ini. sekolah ini menawarkan pelbagai unit beruniform, kelab persatuan dan sukan dan permainan. (Ke Laman KoKurikulum)
Di sini terletaknya semua kurikulum yang terdapat dalam sekolah ini. Sekolah ini menawarkan aliran Sains Tulen, Sains Teknologi, Sains Kemasyarakatan, PVMA, dan PPKI. (Ke Laman Kurikulum)
Di sini terletaknya semua hal-ehwal murid yang terdapat dalam sekolah ini berkaitan kehadiran, disiplin, bantuan, kemasukan dan perpindahan pelajar dan lain-lain lagi. (ke laman hal ehwal murid)