Hal Ehwal Murid (HEM) merupakan satu komponen penting dalam pengurusan sekolah yang bertanggungjawab terhadap kebajikan, disiplin, sahsiah dan pembangunan jati diri murid. Unit ini berperanan memastikan persekitaran sekolah yang selamat, kondusif dan berdisiplin bagi menyokong proses pembelajaran secara menyeluruh. Melalui pelbagai program dan aktiviti, HEM berusaha melahirkan murid yang berakhlak mulia, berdisiplin, bertanggungjawab serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.Â