Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas yang merupakan Sekolah Amanah kini melangkah setapak lagi dalam usaha memperkukuh penyampaian maklumat dan perkhidmatan melalui portal rasmi sekolah ini.
Portal ini diwujudkan sebagai medium komunikasi yang efektif antara pihak sekolah, ibu bapa, pelajar serta masyarakat setempat. Ia bukan sahaja menjadi wadah penyebaran maklumat berkaitan aktiviti dan pencapaian sekolah, malah menjadi platform perkongsian ilmu, idea dan inovasi dalam dunia pendidikan.
Sebagai sebuah institusi pendidikan yang sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan akademik dan sahsiah, SMK Ayer Lanas komited untuk melahirkan generasi pelajar yang berilmu, berakhlak mulia serta berdaya saing seiring dengan cabaran dunia globalisasi masa kini.
Saya merakamkan penghargaan kepada semua warga sekolah — guru, kakitangan, pelajar, PIBG dan komuniti setempat — atas sokongan dan kerjasama padu dalam menjayakan visi dan misi sekolah. Semoga portal ini menjadi sumber inspirasi dan rujukan berguna kepada semua pelawat yang mengunjungi laman ini.
"SMKAL Terbaik Bagimu"
SAMSUDIN BIN SAPEI
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas.
Pengunjung