HALA TUJU SEKOLAH
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
VISI DAN MISI
VISI SEKOLAH
SMJK KATHOLIK menatar pendidikan berkualiti bertunjangkan kepakaran dan muafakat dalam usaha menjadi institusi pendidikan pilihan utama komuniti.
MISI SEKOLAH
Komited Untuk Menyediakan Perkhidmatan Pendidikan Yang Diyakini Dan Mampan Bagi Membangun Potensi Diri Pelajar Yang Cemerlang Dan Seimbang Menerusi Kerjasama Erat Semua Warga Sekolah dan Masyarakat Dalam Usaha Memenuhi Aspirasi Negara.
PIAGAM PELANGGAN
Kami Guru dan Kakitangan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Katholik dengan tekad dan keazaman berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :
Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan mulai hari pertama sesi persekolahan bermula.
Memastikan guru-guru masuk ke kelas tepat pada waktunya mengikut jadual waktu yang diperuntukkan.
Memastikan semua latihan murid disemak oleh guru selewat-lewatnya 3 hari selepas sesi pengajaran.
Buku latihan murid disemak oleh pentadbir sekurang-kurangnya dua kali setahun.
Setiap aduan murid akan diambil tindakan sekurang-kurangnya dalam tempoh 30 minit.
Urusan pertukaran murid diambil tindakan dalam tempoh seminggu dari tarikh permohonan.
Setiap murid menerima buku teks sebelum sesi persekolahan bermula.
Memastikan setiap murid didaftarkan dalam ketiga-tiga unit kokurikulum (Unit Beruniform, Kelab Sukan & Permainan dan Persatuan).
Murid dipastikan mengikuti aktiviti kokurikulum sekurang-kurangnya 12 kali setahun (bagi setiap unit kokurikulum).
Mengedarkan/memaklumkan kepada ibu bapa/penjaga keputusan ujian/ peperiksaan/ PBD sekurangnya-kurangnya dua kali setahun.
Memaklumkan kepada ibu bapa/penjaga dengan segera sekiranya berlaku apa-apa permasalahan melibatkan anak mereka.
Memastikan semua arahan PPD/JPN/KPM sama ada melalui surat pemakluman/ pekeliling diambil tindakan segera mengikut tempoh yang dinyatakan.
Semua aduan daripada ibu bapa & pemegang taruh akan dilayan sesegera mungkin.
MOTO SEKOLAH
“立德,勤学,振人,兴邦” yang membawa maksud Berakhlak Mulia, Rajin Berusaha, Sedia Membantu, Berbakti kepada Nusa dan Bangsa
SLOGAN SEKOLAH
“ TOGETHER WE BUILD ”
“ BERSAMA MEMBANGUN MENCIPTA JAYA ”
PANCURAN AIR
Memberi makna guru sebagai pencurah ilmu kepada pelajar dan seterusnya pelajar juga akan memperoleh ilmu seperti guru dan dapat berbakti kepada negara.
WARNA DAN MAKSUD
KUNING
Melambangkan kemuliaan yang harus dicapai dan dipertahankan dalam kehidupan berilmu.
BIRU
Melambangkan bersatu dalam erti kata bekerjasama dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan kehidupan bermasyarakat.
MERAH
Melambangkan keberanian anak didik menghadapi cabaran.
PUTIH
Melambangkan kesucian dan ketelusan jiwa anak didik.
Tahun 1959
Missionary Catholic telah membeli tanah seluas 6 ekar di Slim Lama dengan tujuan untuk mendirikan sebuah sekolah Convent Menengah. Kaum Cina yang diketuai oleh Tuan Lee Seek Fun (M.P) dan Tuan Chen Chin Long telah menemui pihak Mission Catholic merayu agar dapat didirikan sebuah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Cina) bagi murid-murid lelaki dan perempuan.
Feb 1960
Satu jawatankuasa yang terdiri daripada beberapa wakil persatuan cina telah dibentuk bagi mendapatkan sumber bantuan kewangan serta bekerjasama dengan pihak Mission Catholic bagi mendirikan sebuah sekolah yang bakal diberi nama “Catholic National Type Chinese Secondary School” atau “Catholic High School”.
13 Mac 1960
Persatuan-persatuan Khek, Eng Choon, Ku Kong Chew, Keng Chew Klan Tanjong Malim, Kaum Cina Slim, Slim River, Behrang Stesen, Kerling, Kalumpang dan Kuala Kubu Bharu menyumbangkan wang sebanyak RM3,000.00, manakala pihak Kementerian Pelajaran menyumbangkan wang sebanyak RM35,000.00.
30 Jun 1960
Pelan-pelan bagi bangunan sekolah ini telah dihantar ke Kementerian Pelajaran dan tender iklan bagi bangunan sekolah yang mempunyai 10 bilik darjah, sebuah makmal sains dan sebuah tandas telah dikeluarkan.
31 Jan 1961
Sekolah ini bermula dengan 2 darjah peralihan yang terdiri daripada 72 orang penuntut. Pengetua pertama sekolah ini ialah Rev. Father Dr. Chu. Bangunan Persatuan Eng Choon dan Persatuan Kek di Jalan Chong Ah Peng digunakan sebagai kelas-kelas sementara.
1 Ogos 1961
Perasmian meletakkan batu asas Catholic High School telah dihadiri oleh Y.B Menteri Kehakiman Mendiang Tuan Tun Leong Yew Koh, Y.B. Lee Seck Fun, mendiang Bishop Francis Chan, Lee Mui Yui dari Jabatan Pelajaran Negeri Perak, Lembaga Pengurus dan lain-lain orang kenamaan.
Tahun 1964
Sekolah ini telah mencatatkan sejarah dalam peperiksaan yang pertama iaitu Peperiksaan Lower Education (LCE), kelulusan yang diperolehi ialah 77.5%.
Tahun 1973
Sekolah ini telah memberhentikan perkhidmatan sekolah menengah atas dan menjadi sekolah rendah.
Tahun 2008
Bermulanya satu lagi detik bersejarah dalam perkembangan sekolah SMJK Katholik dibawah pimpinan pengetua ke 9 Encik Liew Chin Khin. Di bawah pimpinan beliau dan sokongan semua pihak, pelbagai projek pembangunan seperti membina bilik komputer, bangunan tambahan 4 bilik darjah, makmal sains tulen dan tambahan seunit bilik darjah, bilik seni, bilik serbaguna, membina tembok pagar sekolah dan sebagainya.
Tahun 2010
SMJK Katholik telah berubah wajah dari sekolah menengah rendah menjadi menengah atas.
Tahun 2011
Kelas aliran sains tulen bagi Tingkatan 4 juga telah dimulakan.
Tahun 2014
Legasi pembangunan dan kecemerlangan SMJK katholik diteruskan di bawah pimpinan pengetua ke 10 iaitu Puan Teng Siew Bee. Pembinaan dua buah bangunan baru 2 tingkat dilengkapi dengan dewan sekolah membuktikan kemuncak kepada daya kepimpinan beliau.
Tahun 2015
Persekolahan Satu Sesi bermula pada Januari 2015.
Tahun 2017
Menaik taraf bilik APD bawah tajaan keluarga mendiang Madam Chen Yu (Armoda Group) yang bernilai RM 50,000.
Tahun 2018
Majlis Pecah Tanah Dewan Serbaguna telah diadakan dan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Chang Lih Kang, Ahli Parlimen Tanjong Malim.
Tahun 2019
Pada tahun 2018 pencapaian peratus kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah 87.34%. Selain itu, SMJK Katholik Tanjung Malim telah dipilih sebagai sekolah TS 25 (Program Transformasi Sekolah). Pada bulan Jun, dengan kerjasama PIBG dan warga SMJK Katholik, sekolah menganjurkan Karnival Kokurikulum sebagai aktiviti pembuka tirai. Projek pembinaan dewan telah dimula pada bulan Julai dan telah siap pada bulan Disember 2019.
Tahun 2020
Pemasangan Tiang Bola Keranjang
Pemasangan Kipas di Dewan Serbaguna Bola Keranjang
22.1.2020 Majlis ‘Lou Sang’ Tahun 2020
Tahun 2021
Projek Penambahbaik Kemudahan Fizikal Sekolah yang lain :
Penukaran Kawat lama E, F, G dan H.
Tandas murid dan saluran saliran tambahan berhampiran dewan serbaguna bola keranjang.
Tingkap Bangunan D / Pergola / pintu / cat dinding luaran / tangga berubah menjadi bilik simpanan D.
Sambungan koridor di bangunan A dan dewan serbaguna bola keranjang.
Tambahkan bilik kecil untuk sistem penyiaran di sebelah pentas.
Penambahbaikan Pusat Sumber Sekolah.
Tahun 2022
Dengan tajaan YB Chang Lih Kang, iaitu Ahli Parlimen Tanjong Malim 10 komputer riba tambahan dan 7 kerusi khas PAK21 telah dibeli untuk Bilik STEM. Dengan bantuan dan sokongan Timbalan Menteri Pendidikan, Dr. Mah Hang Soon, sekolah telah mendapat sumbangan daripada The Community Chest untuk membina laluan pejalan kaki berbumbung dari pintu pagar sekolah hingga ke Dewan KLK.
Tahun 2023
SMJK Katholik menerima tajaan daripada The Community Chest bagi projek pembinaan kantin baharu dan susur gajah yang siap dibina dan dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Muallim. Bilik guru juga telah dinaik taraf dengan pemasangan empat unit pendingin hawa. Penambahabaikan prasana sekolah yang lain termasuk pemasangan awning di sekeliling Dewan KLK dan pembinaan bilik koperasi baharu serta naik taraf bengkel SRT, membesarkan bilik makan guru di kantin lama, penyelenggaraan saluran air untuk blok E dan F dan mengecat semula blok H. Pemasangan 9 buah smartboard oleh Dynabook Malaysia Sdn Bhd di semua bilik Subject-Based Classroom serta blok A telah disempurnakan dengan kemudahan internet. LPS bekerjasama dengan Sin Chew Daily dan Hai-O Foundation menganjurkan konsert amal pendidikan (18 Nvember 2023).
Tahun 2024
Pada tahun 2024, LPS SMJK Katholik telah memperoleh sumbangan kewangan / barangan daripada beberapa organisasi amal / swasta dan kerajaan seperti Lee Foundation, Dynabook Malaysia, sumbangan sekolah bantuan kerajaan, sumbangan sekolah bantuan kerajaan (tandas) dan lain-lain sumbangan pertubuhan tempatan dan orang perseorangan. Antara kerja-kerja penambahbaikan / penyelenggaraan yang telah dilakukan susulan penerima bantuan dan sumbangan yang disebut di atas adalah seperti:
Memasang awning di atas tingkap 10 buah bilik darjah tingkat satu blok A (jumlah panjang 218m bagi kedua-dua belah blok berkenaan)
Menyelenggara dan menutup saluran longkang paip air / paip gas makmal sains dengan simen supaya lantai makmal sains rata dan tidak mendatangkan isu keselamatan dan kebersihan.
Tingkap Naco Bilik Perniagaan / Prinsip Perakaunan yang telah rosak dinaik taraf menjadi tingkap cermin gelongsor dengan bingkai aluminium serta ditambah baik tahap keselamatan dengan grille besi.
Menyelenggara dan mengecat semula tower tangki air utama sekolah.