Perutusan Pengetua 2026
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH,
Salam Perak Sejahtera 2030, Salam Anak Baik Lagi Cerdik
Para Pentadbir SLT &MLT, Guru-guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana serta semua warga SMK Gerik yang sentiasa berdedikasi dan dirahmati…
Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi, kerana dengan limpah dan kurnia- NYA, bertemu lagi kita pada sesi persekolahan 2025/2026 untuk meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa di samping menambah ibadah dan pahala kita menuju ke syurga Allah S.W.T.
Warga SMK Gerik yang dikasihi,
Pengurusan pendidikan KPM melancarkan Pendidikan Digital untuk melahirkan murid fasih digital bagi memenuhi keperluan era digital, di samping mengupaya pendidik dan pemimpin pendidikan untuk mengintergrasikan teknologi digital dalam ekosistem pendidikan.
Oleh itu komitmen dan kerjasama yang padu daripada seluruh keluarga besar SMK Gerik amat diperlukan kerana “ Together We’re Stronger”. Di samping itu juga, usaha untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam diri perlu dilipatgandakan. Guru-guru perlu mahir mengaplikasikan kemahiran digital .
Warga SMKG yang dikasihi,
Satu perancangan strategik dari segi Pentadbiran, Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum perlu ada sebagai rujukan utama dalam menggerakkan sekolah ke arah matlamat holistik ini.
Akhir kata selamat meneruskan tugas dan tanggungjawab bagi sesi persekolahan 2025/2026. Semoga niat baik dan usaha kita ini sentiasa diberkati dan dirahmati Allah Subhanahu wa ta’ala.
“ TOGETHER WE’RE STRONGER”
Sekian, terima kasih.
HASNIDAH BINTI HASANUDDIN
PENGETUA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GERIK