SMART LEARNING PROGRAMME adalah suatu sistem Pengurusan Kokurikulum SKPP 9(2) yang melibatkan guru, murid-murid aliran Perdana dan PPKI serta ibu bapa. SMART LEARNING PROGRAMME menyediakan maklumat-maklumat berkaitan:
Takwim Aktiviti Mingguan
Takwim Sukan dan Kokurikulum
Takwim Perhimpunan Rasmi Bulanan
Senarai Maklumat Murid
Bahan Pembelajaran Aktiviti Mingguan (SMART LEARNING ONLINE)
E-Pelaporan (Guru Sahaja)
Kemaskini E-REKOD (Guru dan Murid)
Semoga dengan sistem yang disediakan ini menjadi sumber rujukan (ONE STOP CENTRE) kepada guru, murid dan ibu bapa untuk mendapatkan info yang dikehendaki. Aktiviti pembelajaran diadakan bertujuan untuk memberi peluang dan ruang kepada murid-murid agar tidak ketinggalan di dalam sebarang aktiviti kokurikulum di samping menggalakkan penglibatan dan penyertaan murid bagi meningkatkan markah di dalam sistem Pentaksiran Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Semua murid tahun 4, 5 dan 6 WAJIB menyertai aktiviti yang disediakan. Sepanjang aktiviti ini diadakan, murid-murid yang GAGAL menunjukkan komitmen dan kehadiran yang baik akan digugurkan dari sebarang aktiviti kokurikulum yang boleh menggagalkan markah penyertaan dan penglibatan murid di dalam Rekod PAJSK.