NORAZAM BIN SOBIKIN
PENGETUA
SMA PARIT SULONG
NORAZAM BIN SOBIKIN
PENGETUA
SMA PARIT SULONG
Kata Alu-Aluan Pengetua
Assalamualaikum wrth.wb dan Selamat Sejahtera,
Syukur Alhamdulillah, dengan keizinan dan InayahNya jua, Buku Pengurusan Sekolah 2023 telah dapat diterbitkan untuk rujukan dan tatapan bersama. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada semua pihak yang terlibat khasnya kepada semua Guru Penolong Kanan Kurikulum, , Guru Penolong Kanan HEM, an, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, serta guru-guru / staf sokongan sekolah yang turut membantu menyediakan buku panduan ini. Sesungguhnya dengan dedikasi, komitmen dan keikhlasan anda semua, buku ini telah dapat disediakan dengan baik sekali.
Mudah-mudahan dengan pada 2025 ini, warga MAPS akan dapat melaksanakan segala tugas yang diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab dan dapat berganding bahu sesama rakan sejawat untuk merealisasikan objektif, misi dan visi sekolah dalam mencapai matlamat TS25. Begitu juga kepada pihak-pihak yang berkepentingan terutama PIBG dan PIBK sama ada secara individu mahu pun agensi atau badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan, buku panduan ini boleh menjadi rujukan dan dapatan maklumat berkaitan sekolah ini.
Akhir kata saya ingin mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada warga sekolah ini. Dipohonkan kemaafan jua jika terdapat kesilapan dan kekurangan di sekolah ini.
Terima kasih.
“ALJAUHAR DIGILAP, ILMU DIGARAP”
“SMAPS CEMERLANG GEMILANG”
Saya yang menjalankan Amanah
(EN. NOR AZAM BIN SOBIKIN)
Pengetua
SMA Parit Sulong