Fokus Modul TMK adalah bagi pengukuhan kemahiran TMK, penerapan kemahiran pemikiran komputasional dan penyediaan hasil kerja yang kreatif dan inovatif.
KOMPONEN MODUL TMK Modul TMK terdiri daripada Modul Kemahiran Asas TMK dan Modul Aplikasi.
Modul Kemahiran Asas TMK ialah modul yang mengandungi kemahiran asas TMK yang perlu dikuasai oleh murid untuk melaksanakan Modul Aplikasi. Contoh kemahiran asas TMK adalah seperti kemahiran menyunting teks, menyisip imej, membuat jadual, membina pangkalan data, membuat persembahan elektronik dan melayari serta menggunakan perkhidmatan internet.
Modul Aplikasi ialah modul yang mengandungi Kemahiran TMK dan Kemahiran Pemikiran Komputasional (KPK) yang diajar melalui pengintegrasian dalam mata pelajaran sedia ada.