BASIRAN PENTADBIRAN SK ULU SUNGAI, RAUB
BASIRAN PENTADBIRAN SK ULU SUNGAI, RAUB
BARISAN GURU SK ULU SUNGAI, RAUB
CHE AHMAD YUSAIRI
KHAIRUL ANUAR
HELDAFIZA
HILMI
MOHD ZAWAWI
AMNI NASUHA
NORIZA
NURUL ATIQAH
AHMAD SAFWAN
SYAHIDA WADIHAH
LIHAYATI
NORITA
ROHANIM
BARISAN AKP SK ULU SUNGAI, RAUB
SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN ULU SUNGAI, RAUB.
SK Ulu Sungai adalah sebuah sekolah yang berada di lokasi luar bandar dengan jarak perjalanan sejauh 31 kilometer daripada bandar Raub. Terletak di jalan utama dari simpang Batu Malim ke Lata Lembik. Murid sekolah merupakan penduduk kampung setempat dan beberapa penempatan orang asli yang berdekatan.
Sejarah asal penubuhan sekolah ini adalah pada tahun 1953 dengan nama Sekolah Kebangsaan Tanjung Krayong. Guru Besar pertama SK Ulu Sungai ialah En. Suah. Sehingga kini lebih 10 orang guru besar telah bertugas di sekolah SK Ulu Sungai.
Pada tahun 1957, Sekolah Kebangsaan Tanjung Krayong telah ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Ulu Sungai yang diambil sempena nama Kampung Ulu Sungai.
SK Ulu Sungai telah dikategorikan sebagai sekolah gred B kerana jumlah murid di SK Ulu Sungai termasuk pra sekolah kurang dari 150. Rata-rata muridnya adalah terdiri daripada anak-anak petani.
Bermula dengan bangunan yang digelar “ Sekolah Atap”, SK Ulu Sungai telah berkembang menjadi satu institusi pembelajaran yang lengkap dengan kemudahan asas dan mempunyai 6 blok bangunan termasuklah 1 blok bangunan makmal komputer.
Semoga SK Ulu Sungai terus berkembang dan menjadi sebuah institusi pendidikan yang cemerlang selaras dengan visinya “MELAHIRKAN INSAN SEIMBANG DAN CEMERLANG BERTERUSAN BERTERASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA”.