Sebelum dan semasa perhimpunan sekolah
a. Hadir awal untuk menyambut kedatangan murid di pintu pagar sekolah.
b. Mengurus dan mengendalikan perhimpunan. Susun atur acara perhimpunan supaya menepati masa yang ditetapkan.
c. Membuat ucapan berdasarkan tema yang sesuai dan membuat pengumuman/maklumat bagi minggu berkenaan.
d. Menerima dan melaporkan kepada murid-murid mengenai perjalanan persekolahan minggu sudah. Digalakkan memberi nasihat, pujian dan peringatan supaya murid-murid dan guru-guru mendapat dorongan yang positif.
Buku laporan / catatan
a. Menyediakan laporan bertulis bagi semua aspek tugas dan perkara yang berlaku sepanjang minggu bertugas.
b. Guru bertugas bukan setakat membuat catatan tetapi digalakkan mengambil tindakan segera yang bersesuaian.
c. Laporan yang ditandatangani hendaklah diserahkan ke pejabat setiap hari Khamis setelah tamat tugas.
Kebersihan dan keceriaan
a. Guru bertugas mingguan perlu memberi perhatian terhadap aspek-aspek berikut :
Kebersihan kelas, tandas dan kawasan sekolah (memberi markah untuk pertandingan, kebersihan dan keceriaan kelas)
Membersih kantin serta kawalan tingkah laku murid pada waktu rehat. Pakaian dan disiplin murid keseluruhannya dengan dibantu pengawas sekolah.
Menyampaikan laporan kepada pencatat.
Keselamatan dan kecemasan
a. Mengawal disiplin dan kelakuan murid supaya perkara-perkara yang tidak diingini dapat dielakkan terutamanya pada waktu pagi, waktu rehat dan pulang.
b. Melarang murid-murid membawa benda-benda yang berbahaya dan tidak berfaedah ke sekolah dengan kerjasama guru.