CIKGU CHE WAN AHMAD LOKMAN BIN C W IBRAHIM
GURU BESAR SK LKTP TENGGAROH SELATAN
AMANAT DAN KATA ALUAN GURU BESAR
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bersyukur kita ke hadrat Illahi Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. KepadaNya kita berserah dan bertawakal agar segala perancangan kita di dunia yang fana ini dilimpahi rahmat dan hidayahNya.
Pembangunan modal insan sesebuah negara seringkali dikaitkan dengan kemajuan dan pembangunan pendidikan yang dirancang secara sistematik dan holistik. Dalam merancang pembangunan pendidikan kita sebagai pendidik seharusnya mempunyai kesedaran yang tinggi akan tanggungjawab terhadap impak yang terhasil daripada kemenjadian modal insan iaitu anak didik kita. Ini kerana perancangan hari ini akan menghasilkan kemenjadian mereka pada masa akan datang.
Saya berharap semua perancangan pembangunan pendidikan yang sama-sama kita rancang akan dapat kita laksanakan dengan baik berpandukan kepada visi dan misi sekolah serta berpegang kepada ikrar kita dengan penuh tekad dan penuh iltizam bagi menjayakan ”Piagam Pelanggan Sekolah”.
Berpegang kepada moto sekolah ”SKTS Penjana Generasi Cemerlang” dan seiring dengan slogan ”HEADING TO THE TOP ” saya penuh yakin bahawa seluruh warga sekolah akan dapat melaksanakan segala yang dirancang dengan bersungguh-sungguh, ikhlas dan penuh bertanggungjawab demi keutuhan pendidikan anak didik kita.
Akhir kata, ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, Pengarah Pendidikan Johor, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membimbing saya dan warga sekolah ini.
Sama-samalah kita berdoa semoga apa yang kita rancang sentiasa mendapat keberkatan dan keredaan dari Allah S.W.T.
Sekian, terima kasih.
CIKGU CHE WAN AHMAD LOKMAN BIN C WAN IBRAHIM
Guru Besar
SK LKTP Tenggaroh Selatan,
Kota Tinggi, Johor