SK TERUSAN SUGUT
YAKIN, USAHA, JAYA
YAKIN, USAHA, JAYA
Sekolah Kebangsaan Terusan Sugut ialah sebuah sekolah rendah SKM Gred B (P3) yang komited melahirkan murid cemerlang, berakhlak mulia dan serba boleh melalui keseimbangan akademik, sahsiah dan kokurikulum dengan sokongan warga pendidik serta komuniti. Pada tahun 2026, sekolah ini mempunyai seramai 81 orang murid, iaitu 42 orang murid lelaki dan 39 orang murid perempuan.
Nama: SK Terusan Sugut
Kod: XBA2128
Alamat: SK Terusan Sugut, Peti Surat 27, 90107 Beluran, Sabah.
Email: XBA2128@moe-dl.edu.my
Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1956 dengan murid seramai 42 orang. Nama asal sekolah ini ialah Government Primary School (GPS) Terusan Sugut dan pada awalnya ditadbir pihak British. Sekolah ini pernah ditutup pada tahun 1960 kerana kekurangan murid dan dibuka semula pada tahun 1962.
Nama sekolah ini kemudian ditukar kepada Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Terusan Sugut apabila negeri Sabah mencapai kemerdekaan pada tahun 1963.
Sekolah ini seterusnya dibangunkan oleh kerajaan Malaysia dan pada 18 Februari 1986. Bangunan sekolah yang baru telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Dr Hj Isa Ramli, selaku Pengarah Pelajaran Negeri Sabah.
Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.
Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
SK Terusan Sugut,
Sekolahku yang indah,
Menjadi pembentuk untuk kita semua,
Menuju ke era baru.
SK Terusan Sugut,
Sekolahku yang mulia,
Taat dan setia kami curahkan,
Padamu sekolahku.
Yakin, usaha, jaya,
Itulah harapan kita,
Menjadi cita-cita setiap masa,
Agar terus berjasa.
SK Terusan Sugut,
Menjadi gedung ilmu,
Marilah semua bergerak maju,
Demi cita wawasan.