CIKGU NUR SYAFIKAH BINTI ROSLAN
CIKGU NUR SYAFIKAH BINTI ROSLAN
PENGENALAN
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah bersifat menyeluruh dan meliputi program perkembangan, pencegahan serta pemulihan. Program perkembangan dan pencegahan lebih banyak dijalankan berbanding program pemulihan. Antara perkhidmatan yang disediakan iaitu bidang akademik, kerjaya, psikologi dan kesihatan mental, kepimpinan dan kaunseling individu / kelompok.
VISI
Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif, teraputik dan efektif dari aspek fizikal, perhubungan dan pengurusan berteraskan konsep perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berkualiti secara menyeluruh dan berkesan demi kecemerlangan pelajar dan sekolah
MISI
Dengan penuh rasa tanggungjawab dan bersungguh-sungguh menyediakan perkhidmatan menolong bantu pelajar dari aspek pengayaan,perkembangan,pencegahan dan pemulihan untuk mempertingkatkan pengetahuan,ketrampilan dan konsep kendiri positif yang perlu dalam menghasilkan masyarakat ‘ MADANI’ melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkesan beramanah berteraskan falsafah pendidikan kebangsaan.
FALSAFAH
Bahawasanya setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digembleng secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap,berkesan dan beramanah berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek intelektual, jasmani,emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.
FUNGSI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Menyedia rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling.
Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru pentadbiran, kakitangan sekolah ibu bapa dan bekas pelajar.
Merancangkan, mengawal selia dan mengemaskini rekod dan inventori.
Mengelola dan melaksanakan aktiviti Unit Bimbingan Kaunseling Kelompok dan tunjuk ajar yang meransang perkembangan pelajar secara optimum.
Mengumpul,menyedia,menyebar maklumat UBK kepada semua pelajar.
Merancang, melaksana dan mengawal selia pekhidmatan kaunseling individu secara profesional dan beretika.
Merancang, melaksana dan mengawal selia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar
Merancang, melaksana,mengawal selia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.
Merancang, melaksana dan mengawal selia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.
Merancang, melaksana dan mengawal selia dan menilai program dan aktiviti untuk menyedia dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam & luar negara.
Merancang, melaksana dan mengawal selia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan berhubung Bimbingan & Kaunseling Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.
Merancang, melaksana dan mengawal selia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa,guru,kakitangan bukan mengajar dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan & perkembangan pelajar.
Membuat penilaian aktiviti,modul,model,instrumen dan pendekatan secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling sekolah.
Merancang,menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling.
Menjadi urusetia kepada jawatankuasa Penyelars Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling.
Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling di sekolah.
Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar,guru,kakitangan dan ibu bapa yang memerlukannya.
Menjadi personel perhubungan/seranta sekolah dengan agensi- agensi luar yang berkaitan.
Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.
Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancang sekolah,Disiplin sekolah dan jawatankuasa Lembaga/Badan Pengawas sekolah.
Menjadi penyelaras dalam program mentor mentee.
TUGAS-TUGAS KAUNSELOR
Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti K & B kaunseling sekolah.
Buat kajian keperluan.
Mengemaskini rekod dan inventori pelajar.
Menyebarkan maklumat B & K.
Aktiviti Bimbingan & Kaunseling kelompok, meransang perkembangan pelajar.
Rancang dan laksanakan kaunseling individu secara profesional.
Rancang aktiviti kemahiran belajar.
Rancang pemilikan pelajar elektif.
Rancang program pencegahan dadah, inhalar, rokok dan alkohol.
Rancang pemilikan pelajar ke IPT.
Rancang aktiviti/program keibubapaan.
Menjadi Ex-Oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.
AJK majlis Perancang sekolah.
Penyelaras mentor-mentee.