SK TAMAN SEROJA

(Sekolah Kluster Kecemerlangan)

Bandar Baru Salak Tinggi 43900, Sepang

Selangor Darul Ehsan

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!!

Maklumat Persekolahan dan PdP Bersemuka


Assalamualaikum wbt & salam sejahtera.



  • Sesi persekolahan bagi kedua-dua sesi adalah sama seperti sebelum ini berdasarkan jadual waktu yang diberikan.


  • Sekolah dibuka untuk PdP bersemuka bermula dengan kehadiran murid Tahap 1 daripada Kumpulan B bagi minggu pertama ini.


  • Jadual PdP bersemuka telah dirombak baharu dan berbeza daripada jadual PdPR yang telah diguna pakai sedia ada.


  • Bagi kumpulan murid yang menjalani PdPR, jadual pembelajaran kendiri perlu disusun oleh ibu bapa/penjaga masing-masing. Guru akan memberikan tugasan ketika sesi bersemuka sahaja seperti yang disarankan pihak KPM.


  • Bagi kumpulan murid yang hadir, rehat masih di dalam kelas. Sila bawa bekalan masing-masing atau buat tempahan di kantin sebelum hari persekolahan bermula. Sila berhubung dengan guru kelas masing-masing.


  • Semua murid perlu mengikuti laluan keluar-masuk pagar sekolah mengikut petetapan yang telah dibuat.