•السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُاللهِ وَبَرَكَاتُه•
dan salam sejahtera.
*Guru Besar*,
*Pengetua*,
*Penolong Kanan Kokurikulum*,
Sekolah-sekolah Daerah Hulu Langat
Perkara: *PERINGATAN PEMATUHAN TERHADAP PANDUAN KESELAMATAN SEMASA PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN SERTA KEGIATAN KOKURIKULUM DAN SUKAN DI DALAM DAN DI LUAR KAWASAN INSTITUSI PENDIDIKAN BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA*
Mohon perhatian, kerjasama, pemahaman dan tindakan berkesan semua berkenaan surat pemakluman daripada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM), Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 17 Mac 2025.
*Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa prihatin berhubung kebajikan dan keselamatan guru serta murid* semasa di sekolah mahupun ketika mengikuti aktiviti pendidikan di luar. Semua pihak yang terlibat perlu memberi perhatian dan tanggungjawab bagi mengelakkan berlakunya sebarang insiden dalam kalangan murid atau guru ketika menjalani aktiviti di dalam dan di luar kawasan sekolah, sama ada aktiviti pendidikan jasmani dan kesihatan serta kegiatan kokurikulum atau sukan.
Sehubungan dengan itu, pengetua dan guru besar diingatkan untuk memastikan institusi pendidikan bawah pentadbiran masing-masing supaya mematuhi surat pekeliling ikhtisas yang telah dikeluarkan dan masih berkuat kuasa.
Semoga kerja buat kita dipermudahkan serta dirahmati dan mendapat keredhaan Tuhan.
#KeseronokannyaDisini
#HighEmpathyManagement
*TPPD SPM*
PPD Hulu Langat
21.03.2025