KURIKULUM

CARTA ORGANISASI INDUK UNIT KURIKULUM TAHUN 2022

MATLAMAT KURIKULUM

Unit Kurikulum SK Taman Muda memberikan pendidikan yang berkualiti dan berkesan untuk membangunkan potensi murid agar menjadi insan yang cemerlang dalam akademik dan sahsiah bagi memenuhi aspirasi murid melalui aktiviti dalam bilik darjah dan luar bilik darjah.

OBJEKTIF KURIKULUM

1. Memberi dan mengukuhkan ilmu pengetahuan bagi semua mata pelajaran yang ditawarkan.

2. Memantapkan kemahiran berfikir dalam kalangan murid dengan menekankan penggunaan KBAT dan i-THINK.

3. Membina kemahiran kepimpinan dalam kalangan murid agar menjadi pemimpin yang berwibawa.

4. Meningkatkan kemahiran berbahasa murid dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta bahasa ketiga.

5. Melahirkan murid sahsiah tinggi yang berakhlak,beretika dan patuh kepada ajaran agama dan bangsa.

6. Melahirkan murid yang mempunyai jati diri dan kecintaan kepada negara.

7. Meningkatkan kualiti pengurusan kurikulum dari segi pematuhan ketetapan, perubahan positif dan keselarasan dalam pelaksanaan kurikulum sekolah.

8. Memantapkan pengurusan mata pelajaran ke arah meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran.

9. Mengukuhkan kualiti pembelajaran dan pengajaran guru melalui pemantauan berterusan, bimbingan coaching dan PLC.

10. Memperkasakan kajian tindakan serta penyelidikan dan pembangunan dalam pengurusan pendidikan.

PENGURUSAN DIGITAL FAIL KURIKULUM

(klik pada kotak di bawah)

KPI KURIKULUM SKTM 2022

1. Mencapai sasaran MTM 40% dalam peperiksaan dalaman.

2. Mencapai sekurang-kurangnya 71.4 % TP 4 dalam Pentaksiran Bilik Darjah(PBD).

3. Mencapai Skor 4 SKPMg2 Std 3.1 bagi semua aspek Pengurusan Kurikulum.

4. Mencapai Skor 4 SKPMg2 Std 4 bagi aspek Pembelajaran dan Pemudahcaraan.

5. Mencapai sasaran 95% kehadiran guru.