-WARNA-
Putih
Kesucian dan kebersihan serta bernilai murni
Merah
Bersemangat dan berani menghadapi cabaran dan rintangan
Kuning
Kedaulatan
-LAMBANG-
Buku dan bulatan kecil
Murid menimba ilmu demi kesejahteraan hidup
Topi graduan dan segulung ijazah
Kejayaan oleh setiap murid
Lencana sekolah mempunyai tiga warna utama iaitu putih , merah dan kuning. Buku dan bulatan kecil pada lencana mempunyai kaitan dengan cogankata sekolah iaitu Belajar , Berusaha , Berjaya’. Topi graduan dan segulung ijazah bermakna kejayaan yang diidamkan oleh setiap murid di sekolah ini.
Buku, bulatan kecil , topi graduan dan segulung ijazah ini dilindungi oleh warna merah dan kuning yang membawa maksud untuk menimba pengetahuan , berusaha ke arahnya dan mencapai kejayaan memerlukan semangat , ketabahan dan keazaman yang tinggi
Bendera sekolah ini berlatar belakangkan warna putih . Ia mempunyai enam jalur berwarna merah.
Lencana sekolah dan nama sekolah dibahagian tengah mengutamakan warga sekolah dan memberikan yang terbaik.
Warna putih membawa maksud suci dan bersih. Ia melambangkan murid murid yang perlu dicorakkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Warna merah melambangkan semangat dan ketabahan yang diperlukan untuk mencapai kejayaan .
“BELAJAR, BERUSAHA. BERJAYA”
Teguh berdiri megah
Di Daerah Hulu Langat
Kan kami curahkan bakti
Dengan penuh semangat
Guru - gurunya berjasa
Sentiasa dihormati
Menuju kecemerlangan
Bersama satu hati
Belajar, berusaha sehingga berjaya
Cogankata kami menghadapi segala
Menuju wawasan ilmu pendidikan
Berbakti untukmu sekolah
Tun Abdul Aziz Majid
Berbakti untukmu sekolah
Tun Abdul Aziz Majid
Lagu dan lirik oleh:
EN HAFITZ BIN KHAMIS
1992