AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2025
19 Nov 2025 ( Rabu) Pada minggu ini, semua ahli kelab berpeluang mempelajari penggunaan App Canva dalam pembelajaran. Mereka diminta untuk menghasilkan poster animasi yang bertajuk Sambutan Hari Kanak- Kanak 2025 yang bertemakan Lagenda Kampung.
Sekali lagi ahli Kelab merangkul hadiah tempat ke 3 dan ke 6 dalam perlawanan kali ini. Mereka berjaya membawa pulang wang tunai RM 500 dengan pingat. Tahniah pasukan robotik SKSD
Tahniah kepada ahli kelab Robotik yang menyertai Pertandingan National Robotic Competation yang telah berlangsung di Dewan Besar UITM Permatang Pauh, Pulau Pinang. Klik untuk video
8 Ogos 2025 : Tahniah Teacher Umma dan pasukannya yang berjaya muncul sebagai Naib Johan pada pertandingan kali ini. Tahniah
15 April 25 ( Selasa): Seramai 40 orang murid SKSD telah menyertai bengkel Robotik yang dianjurkan oleh Penang Sciences Cluster (PSC) Penang. Bengkel kali ini mendedahkan kepada murid-murid tentang pengaturcaraan Mirco:bit dan SmartHome. Murid dapat membina projek yang menggunakan pengaturcaraan Micro:bit dengan baik.
10 April 2025 (Khamis): Terima kasih kepada pihak PSC Penang kerana menghantar 2 orang jurulatih untuk memberi taklimat tentang penggunaan Lego Spike dan pengaturcaraanya. Bengkel ini memberi impak positif kepada murid-murid tentang pengendalian robot Lego Spike dengan baik
AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2024
20 Ogos 2024 : Pasukan STEM SKSD telah menyertai
05 Julai 2024: Ahli kelab robotik telah menyertai kuiz secara online pertandingan Drone Edu Challenge IR4.0. Mereka diberi i jam untuk menjawab semua soalan yang berkaitan dengan rekabentuk , alat dan pengaturcaraan yang berkaitan dengan pengurusan drone. Semoga berjaya.
25 Jun 2024: Pasukan Robotik SKSD telah menyertai bengkel robotik yang dianjurkan oleh PRC, Perda. Seramai 6 orang murid dan 2 orang guru yang terlibat secara langsung. Mereka diberi pendedahan tentang pengendalian robot dan pembinaan koding.
25 Jun 2024: Pasukan STEM telah menghantar pasukan robotiknya ke perlawanan Soccer Robocup 2024 yang berlangsung PICCA Butterworth sempena Natinal Tranning Week 2024. Selain itu juga, mereka terlibat dalam dua bengkel yang berasingan iaitu bengkel Snap Circuit dan Internet of Things.
04 Oktober 2023: Pasukan Robotik SKSD telah dijemput menyertai pertandingan robotik yang dianjurkan oleh pihak Setia Fontian sempena Minggu Saham Amanah Malaysia. Pasukan sekolah telah mendapat saguhati dalam pertandingan tersebut. klik untuk lanjut
30 September 2023: Pertandingan PRC ini dianjurkan oleh PERDA yang telah berlangsung di Dewan Dahlia Perda. Nasib tidak menyebelahi pasukan sekolah. Mereka tidak berjaya meraih sebarang pingat. Cuba lagi team SKSD. klik untuk lanjut
24 September 2023: Setelah dinobatkan sebagai johan di peringkat negeri, pasukan STEM dan Robotik SKSD telah menyertai Karnival STEM peringkat kebangsaan yang berlangsung di UTEM Melaka. Karnival ini telah menberi banyak pengalaman kepada murid-murid SK Sungai Dua. Namun mereka tidak memenangi sebarang pingat.
13 September 2023: Pasukan STEM dan Robotik SKSD telah menyertai pertandingan Robotik dan Smart Bridge di Karnival STEM peringkat negeri yang berlangsung di UITM Permatang Pauh. Kedua-dua pasukan telah dinobatkan sebagai johan dan sekaligus akan mewakili Negeri Pulau Pinang di Karnival STEM peringkat kebangsaan akan berlangsung di UTEM Melaka. Syabas
04 Ogos 2023: Selepas dinobatkan sebagai johan dan naib johan dalam NRC peringkat negeri, pasukan Robotik SKSD mewakili Pulau Pinang telah menyertai pertandingan NRC peringkat kebangsaan yang berlangsung di UHTM Batu Pahat, Johor. Pasukan sekolah mendapat tempat ke 11 dan 28 pada kali ini. Syabas untuk pasukan robotik sekolah.
Ogos 2023 : Pasukan Robotik SKSD telah menyertai pertandingan NRC peringkat Negeri yang berlangsung di Perda Convention Center dalam kategori WE DO. Dua pasukan sekolah telah memenangi katogeri ini sebagai johan dan naib johan. Tahniah...