SEK KEB SUNGAI DUA
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN FASA 9
SEKOLAH TRANSFORMASI KOHOT 6
No Tel : 04-3565297 email: pba2024@jpnpp.edu.my
pba2024@moe.edu.my
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN FASA 9
SEKOLAH TRANSFORMASI KOHOT 6
No Tel : 04-3565297 email: pba2024@jpnpp.edu.my
pba2024@moe.edu.my
UTAMA
AKTIVTI SEPANJANG TAHUN 2026
2 Mac 2026 : Badan Kaunseling Sekolah SKSD telah melancarkan Progam Mentor Muda Bestari dan Program Minda Sihat: Hentikan Buli. Program ini akan berlansung pada setiap minggu kedua pada setiap bulan. Diharapakan program ini akan menimbulkan kesedaran di kalangan murid tentang bahaya buli di sekolah
14 Februari 2026 : Bertempat di Omland,
14 Februari 2026 : Mesyuarat PIBG telah diadakan bertempat di Dewan Iltizam yang telah dirasmikan oleh Dato' TS Ahmad Nor b Sabu. Mesyuarat kali ini dihadiri ramai para waris yang inginkan informasi terkini dapi pihak PIBG dan sekolah
13 Februari 2026: Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Bahasa Arab telah melancarkan Program Peluncuran Ihya' Ramadan 2026 yang dirasmikan oleh Guru Besar SKSD. Pelbagai aktiviti yang telah dirancangkan sepanjang bulan Ramadan antara Sambutan Nuzul al Quran, Infaq , Tadarus dan lain-lain
AKTIVTI SEPANJANG TAHUN 2025
13 Disember 2025( Sabtu): Majlis Apresiasi Kecemerlangan Murid telah diadakan untuk meraikan kejayaan murid dalam bidang akademik dan kokuriklum. Majlis ini dirasmikan oleh YDP PIBG Yang Berbahagia Dato Ahmad bin Darus. Anugerah tokoh disandang oleh Farkhrul Hadif
15 Oktober 2025: (Rabu) Badan Pengawas Sekolah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Alor Setar. Antara tempat yang dilawati seperti Muzium Padi, Pusat Sains Negara, Menara Alor Setar dan banyak lagi. Ia merupakan pengalaman yang berharga kepada semua pengawas sekolah. klik untuk video
24-28 Disember 2025 : Pelbagai aktiviti dilakuksn sepanjang minggu ini. Anataranya deklamasi sajak, syair dan berpidato. Kemunca
15 Oktober 2025: (Rabu) Badan Pengawas Sekolah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Alor Setar. Antara tempat yang dilawati seperti Muzium Padi, Pusat Sains Negara, Menara Alor Setar dan banyak lagi. Ia merupakan pengalaman yang berharga kepada semua pengawas sekolah. klik untuk video
11Oktober 2025 ( Sabtu) : SKSD telah muncul sebagai JUARA dalam kejohanan ini. Syabas kepada pasukan sekolah yang telah memerah keringat dalam usaha mencapai kejayaan ini. Tahniah SKSD. klik untuk gambar
10 Oktober 2025 (Selasa):
4 Oktober 2025 : Seramai 10 orang murid SKSD bersama Cikgu Rafidah menyertai pertandingan e sport yang berlansung di TechDome Pulau Pinang.
13 Ogos 2025 : Majlis Peluncuran Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah berjaya dilancarkan yang dirasmikan oleh YDP PIBG Sk Sungai Dua En klik untuk video
08 Ogos 2025 : Tahniah kepada Teacher Umma dan pasukannya yang berjaya muncul sebagai Naib Johan pada pertandingan kali ini. Tahniah
06.05.2025 : Setelah dinobatkan sebagai johan peringkat daerah SPU, pasukan bola baling SKSD telah meneruskan perjuangan di peringkat negeri pula. Namun nasib tidak menyebelangi mereka. Pasukan ini tersangkut di peringkat suku akhir. Tahniah team SKSD..Anda wira kami semua
26 April 2025 (Sabtu): Mesyuarat PIBG kali ke 54 telah diadakan dengan jayanya. Mesyuarat kali ini sepatutnya dirasmikan oleh Tn Mohd Hafiz Aswad b Nadzri, namun beliau tidak dapat hadir kerana kekangan tugas rasmi di tempat lain. Mesyuarat kali ini membincangkan tentang prestasi murid-murid dalam pembelajaran. klik untuk info lanjut.
14& 15 April 2025( Isnin & Selasa) : Satu perjumpaan semua murid Tahun 6 bersama guru telah diadakan. Antara objektif ialah untuk memberi pendedahan sasaran akademik yang perlu dicapai pada tahun semasa. Semua guru ketua panitia terlibat sebagai penceramah telah menbentangkan pencapaian murid semasa utuk dikongsi bersama.
Majlis Khatam al Quran berlansung dengan jayanya di Dewan Intelek. Majlis ini memberi penghormatan dan meraikan murid-murid yang berjaya menkhatamkan bacaan al Quran sepanjang bulan Ramadan
AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2024
4 Sept 2024: Hari ini murid-murid Tahap 1 menyertai aktiviti Membina Kad Pop Up Merdeka yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Arab. Aktiviti membina dan mewarna ini dapat memberi pendedahan kepada murid-murid bertapa besarnya erti kemerdekaan kepada sesebuah negara. klik di sini untuk info lanjut
2 September 2024 (Isnin). Panitia Bahasa Inggeris telah mengadakan smart camp yang bertujuan untuk meningkat penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan murid-murid Tahap 1. Program ini bermula awal pagi sehingga waktu rehat. klik di sini untuk info lanjut
29 Ogos 2024: Murid-murid Tahun 6 yang terpilih telah menjawab beberapa soalan berkaitan Pelaksanaan Kajian STEM 2024. Kajian ini bertujuan untuk mengukur keupayaan murid dalam menguasai bidang STEM pada tahun ini. klik di sini untuk info lanjut
20 Ogos 2024 : Tahniah kepada pasukan STEM SKSD yang berjaya membawa pulang kejayaan sebagai naib johan dalam kategori Bridge Building dan tempat ke-4 dalam kategori Drone. klik di sini untuk info lanjut
26 Julai 2024 (Jumaat): Unit HEM telah menganjurkan kem makan buah tempatan yang bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid sekolah akan kepentingan mengambil buah-buahan tempatan untuk kesihatan. klik lagi untuk selanjutnya.
28 Jun 24 (Jumaat): SK Sungai Dua hari ini menerima kunjungan dari SK Batu Hampar, Kedah dalam lawatan penanda aras. Kunjungan ini amat penting bagi kedua-dua pihak dalam menjalin hubungan pendidikan dan saling bertukar idea demi kelangsungan pendidikan di kedua -dua buah sekolah. Klik di sini untuk tontonan lanjut.
26 Jun 24 ( Rabu): Majlis perasmian ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Sungai Dua yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid peringkat rendah akan penghayatan hadith dalam kehidupan seharian.
22 JUN 2024: (Sabtu) PIBG SKSD telah mesyuarat tahunannya kali ke 53 di dewan terbuka sekolah dengan jayanya. Dalam mesyuarat pelbagai isu yang berbangkit telah timbul dan dapat dibincangkan bersama. Pada mesyurat kali ini, YDP yang baharu telah dipilih iaitu Dato Ahmad untuk menerajui PIBG ini bersama dengan En. Sahaipun Nizam. Selamat maju jaya
08 JUN 2024 : Bertempat di padang SKSD, larian merentas desa bermula. Dirasmikan oleh YDP PIBG En Sahaipun Nizam, larian ini merentasi sawah pagi yang menghijau, menyemarakkan lagi usaha untuk mengampai kemenangan. Tahniah kepada yang dahulu sampai.Yang lambat sampai, usaha lagi di larian tahun hadapan.
22 Mei 2024 : Pihak sekolah dan Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab merakamkan ucapan terima kasih kepada adik-adik guru pelatih yang telah menamatkan latihan perguruan di SKSD. Semoga terus berjaya di masa hadapan.
22 Mei 2024 : Satu perjumpaan telah diadakan yang melibatkan semua tahun 6 bersama dengan Guru Besar, En Rashidi b Arshad. Antara objektif ialah untuk memberi motivasi murid dalam memperbaiki TP yang sedia ada di kalangan murid.
21 Mei 2024: Ainul Mardhiah telah muncul sebagai naib johan dalam acara Tilawah (P) yang berlangsung di SK Kampung Selamat. Hanya ketinggal satu markah sahaja di belakang sang johan, beliau sebenarnya memberi persaingan sengit kali ini. Tahniah kepada Ainul Mardhiah bt Shah Rin.
21 Mei 2024: Kelab Guru dan Staf (KKGS) telah mengadakan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Bermula awal jam 8.00 pagi, murid-murid berkumpul di Dewan Intelek untuk melihat guru-guru 'turun' dari Pesawat Aur Gading terus ke Pentas Utama. Klik disisi untuk tonton video.
Pihak sekolah merakamkan ucapan tahniah kepada Cikgu Ummageswari di atas kejayaan mendapat pengiktiran peringkat kebangsaan bagi anugerah Guru Peneraju Generasi Digital
15 Mei 2024: Dua adik beradik Menna dan Megha telah mengungguli kemenangan pada Kejohanan Merentas Desa Peringka Negeri yang berlangsung di SMK Bumbong Lima. Kemenangan Menna, dinobatkan sebagai Johan dan Menna sebagai Naib Johan telah menarik perhatian ramai dalam kejohanan tersebut. Tahniah Megha dan Menna.
10 Mei 2024: Bertemakan "Pemimpin Cemerlang, Sekolah Gemilang, kem pemimpin muda SKSD telah berjalan dengan lancar. Bertempat di Omland, Tikam Batu Kedah, kem ini menjadi asas utama pembentukan sahsiah dan kepimpinan pemimpin muda SKSD. Tahniah. Klik video1, video 2 untuk menonton.
07 Mei 2024: Semua pengawas sekolah, PSS, Kantin dan Surau telah diberi watikah dan tauliah perlantikan. Dengan ini secara rasminya mereka adalah pegawas yang diberi kepercayaan untuk membantu pihak sekolah menjalankan tugasan yang ditentukan.
30 April: KKGS telah menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di Dewan Iltizam. Majlis ini juga meraikan perpindahan Cikgu Fauzi ke Sek.Keb Tasek Gelugor. Guru -guru yang bersara juga dijemput bagi memeriahkan majlis ini. Klik untuk video
29 April 2024 : Kemeriahan jamuan Hari Raya tahap 2 terserlah dengan celoteh dan gelak tawa murid-murid SKSD. Berbekalkan juadah yang dibawa dari rumah masing-masing dan dikongsikan dengan rakan-rakan yang lain. Klik link untuk tonton video.
27 April 2024: Program ini dirasmikan oleh En Muhammad Fitri bin Termizi , Ahli Majlis Sungai Dua, MPSP. Pihak MPSP telah menghadiahkan sebuah tong sampah recycle yang besar untuk kegunaan warga sekolah. Klik untuk tonton video
23 April 2024: Kelab STEM sekolah telah mengadakan Minggu STEM yang menyediakan pelbagai aktiviti untuk memberi pendedahan kepada murid-murid akan kepentingan Sains, Matematik ICT dalam kehidupan seharian. Klik link untuk tonton video. video 1, Video 2,
22 April 2024: SKSD telah mengambil bahagian dalam Program Tanam 1 Juta Pokok yang dianjurkan oleh JPN Pulau Pinang. Klik untuk lihat video
19 April 2024: Sambutan Aidilfitri Tahap 1 telah diadakan bertempat di kelas masing-masing. Murid-murid kelihatan segak bergaya memakai baju raya masing-masing. Klik untuk menonton video
25 Mac 2025: Sambutan Ambang Lebaran telah berlangsung di Dewan Intelek dengan memberi keutamaan kepada bantuan duit raya kepada anak-anak SKSD dan juga para pekerja sekolah
25 Mac 2024: Sambutan Nuzul al Quran telah diadakan di Dewan Iltizam dan dirasmikan oleh Guru Besar SK Sungai Dua. Panitia telah menjemput Ustaz Suhaizi sebagai penceramah jemputan. klik link untuk tonton video
18 Mac 2024: Pelancaran Jom Ke Sekolah, Cegah Buli dan 10 Adab telah dilakukan serentak pada pagi Isnin. Antara VIP yang hadir pada pelancaran kali ini ialah Sarjan Mejar Yusri bin Sarikam, Penolong Pegawai Penyiasat, Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik,IPD Seberang Perai Utara dan Tuan Hj Rosli Bin Md Radzi, Pegawai SIP+/Prosa PPP SPU
15 Mac 2024: Pelancaran Ihya Ramadan peringkat sekolah telah disempurnakan oleh Guru Besar SKSD, En Rashidi bin Md Arshad di Dewan Iltizam. Terdapat 10 aktiviti yang akan berlansung sempena Ramadan kali ini.
8 Mac 2024: Hari Orientasi Tahun 1 berjalan dengan lancar. Pihak sekolah mengucapkan selamat datang ke SKSD dan terima kasih kepada para waris yang memilik sekolah ini untuk meneruskan pendidikan bagi anak-anak mereka.
04 Mac 2024: Mesyuarat Guru Permata 2024 yang berlangsung di Grand Mulia
20 Feb 2024: Cikgu Hanisah bt Sulman, guru PSS SKSD telah menerima surat lantikan sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di SK Permatang Janggus. Beliau merupakan seorang guru yang berdedikasi dan banyak mentranformasikan PSS SKSD. Tahniah Cikgu Hanisah. Semoga terus cemerlang
08 Februari 2024: Tarikh bersejarah bagi Cikgu Zamri b Ahmad dan Cikgu Suraya yang telah bersara dari arena pendidikan. Video 1
06 Februari 2024: Pada hari ini, para ibubapa hadir ke sekolah untuk mengetahui prestasi pembelajaran anak-anak mereka. Perbincangan dua hala ini bersama guru kelas penting bagi merancang pembelajaran anak-anak mereka pada masa akan datang.
05 Februari 2024: Majlis ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada guru dan murid yang berjaya membaca bahan bacaan yang terbanyak. Tahniah kepada guru dan murid yang berjaya
05 Feb 2024 : Tahniah kepada guru dan murid yang telah menerima anugerah DUTA. Tahniah kepada Cikgu Hanisah dan Teacher Umma serta 3 orang murid yang berjaya meraih anugerah tersebut.
05 Feb 2024 : Murid-murid Akademi Bola Sepak SKSD diraikan dalam majlis penyampaian hadiah dan sijil.Tahniah kepada anda semua
05 Feb 2024: Seramai 4 orang murid SKSD yang layak menerima sijil kenaikan pangkat sarjan peringkat kebangsaan.
04 Feb 2024: Dua orang murid SKSD telah muncul sebagai johan dan naib johan pada larian kali ini. Mereka ialah Megha Sree (johan) dan Menna Sree (naib johan). Tahniah diucapkan
31 Januari 2024: Majlis Persaraan Cikgu Noor Sham bt Ayob telah berlansung dengan meriahnya. Selamat Bersara Kak Sham. Video 1
31 Januari 2024: Tahniah kepada Abdul Rafiq Ramdhan bin Abdul menduduki tempat ke 11 dalam kejohanan ini.Tahniah dan syabas
30 Januari 2024: Bertempat di Hotel Sri Malaysia, Kepala Batas,murid-murid Tahun 6 sesi akademik 2022/2023 diraikan dengan penuh gilang-gemilang. Selamat maju jaya untuk anda semua
29 Januari 2024: dlm proses
29 Januari 2024: dlm proses
29 Januari 2024: dlm proses
27 Januari 2024: Hari Kumuncak Koku telah diadakan dengan meriah sekali. Pelbagai gerai dan booth pameran didirikan antaranya robotik, giant bubble , gerai makanan dan minuman dan banyak ini. Program ini dapat menarik minat para waris mengetahui aktiviti sekolah secara dekat
19 Januari 2024: Hari ini semua murid SKSD meneriman Bantuan Awal Pesekolahan 2024. Diharapkan dengan bantuan ini dapat meringankan bebanan ibubapa untuk menyediakan kelengkapan dan peralatan sekolah