Apabila Jasin English School yang asal berpecah kepada dua pentadbiran pada Tahun 1971, maka wujudlah Jasin Primary English School 2. Guru Besar pertamanya ialah Encik S.R Balasingam. Sekolah ini kemudiannya bertukar kepada nama SRK English 2. Dalam Tahun 1976, nama sekolah ini bertukar lagi kepada SRK Paya Batu dan masih menggunakan bangunan SRK Air Baruk yang lama. Sesi persekolahan pada masa itu ialah 6 bulan sesi pagi dan 6 bulan sesi petang, bergilir-gilir dengan SRK Air Baruk.
Oleh kerana bangunan yang lama terpaksa berkongsi bangunan dan murid-murid kedua-dua buah sekolah semakin meningkat dan dengan desakan ibubapa, maka sebuah sekolah baru telah dibina di kawasan Kampung Kelubi dengan keluasan kawasan 2.5 hektar dan siap dalam Tahun 1979. Bangunan baru ini telah mula beroperasi pada 1 Ogos 1979. Bangunan baru ini telah diberi nama SK Sri Lanang.