PENERANGAN LOGO
1. Huruf K.P.J bermaksud singkatan kepada KELAB PENCEGAHAN JENAYAH.
2. Bulatan berbentuk mata melambangkan ahli kelab yang sentiasa prihatin terhadap perkembangan persekitaran secara berterusan.
3. Warna merah melambangkan keberanian ahli dalam mencegah kegiatan jenayah.
4. Warna biru melambangkan perpaduan dalam kalangan ahli.
5. Warna kuning melambangkan kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang negara.
6. Latar belakang berwarna putih melambangkan keikhlasan sumbangan ahli terhadap usaha pencegahan jenayah
Assalaamu'alaikum w.b.t dan Salam Malaysia Madani.
CERAMAH ANTI BULI ANJURAN PDRM
📌Ceramah tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
🔹 Tarikh : 26.03.2023(Ahad)
🔹 Masa : 8.30 pagi
🔹 Tempat : Dewan Sri Setia SKSI3
🔹 Sasaran : Murid-Murid Tahun 4,5 dan 6
🔹 Penceramah :Polis Penghubung Sekolah,Sub Insp Nasaruddin B Shamsulaman,Timb Ketua Polis Balai,Balai Polis Kota Bharu.
🔹 Anjuran Bersama : Unit Bimbingan & Kaunseling dan Kelab Pencegahan Jenayah
📌Mohon kerjasama guru-guru subjek masa berkenaan untuk berada bersama murid-murid untuk tujuan pengawasan.
📌Kerjasama dan komitmen cikgu dalam melancarkan program amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Harap maklum. Terima kasih.
UNIT PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
SK Sultan Ismail 3
📌Makluman kepada semua warga guru SKSI3
✏️Majlis berkenaan akan diadakan secara serentak seluruh negara di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan sekolah seperti berikut:-
🔹 Tarikh : 13 Disember 2023
🔹 Masa : 8.15 pagi - 12.30 tengah hari
🔹 Tempat : Dewan Sri Setia SKSI3
🔹 Pemakaian : Pakaian Kerja atau Pakaian Badan Beruniform
( BAJU KORPORAT KPM TIDAK DIBENARKAN )
KEMPEN HENTIKAN BULI DAN GANGGUAN SEKSUAL PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2024
📌Perkara di atas merupakan kesinambungan dari Majlis Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah Peringkat Sekolah yang diadakan serentak seluruh negara pada 31 Oktober 2023.
📌Sehubungan dengan itu, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan meminta pihak sekolah mengadakan aktiviti-aktiviti pencegahan di peringkat sekolah secara berterusan.
📌Tarikh pelaksanaan aktiviti-aktiviti kempen ini bermula dari 02 hingga 31 Januari 2024 serta berterusan sepanjang tahun.
📌Pelbagai aktiviti telah dirancang melibatkan semua murid Tahun 1 hingga 6.
📌Di antaranya ialah PELANCARAN KEMPEN HENTIKAN BULI DAN GANGGUAN SEKSUAL PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2024 yang akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut:-
🔹 Tarikh : 07 Januari 2024(Ahad)
🔹 Masa : 7.45-8.15 pagi
🔹 Tempat : Dewan Sri Sultan SKSI3
🔹 Perasmian : YBrs. En. Sharuddin bin Mohamad, Guru Besar SKSI3
📌Tentatif Perhimpunan Mingguan 07 Januari 2024:
✳️ Bacaan Doa
✳️ Nyanyian Lagu Negaraku,Selamat Sultan,Sekolahku Gemilang
✳️ Ikrar Rukun Negara
✳️ Laporan Guru Bertugas Mingguan
✳️ Majlis Pelancaran Program:
🔸 Ucapan Perasmian Guru Besar
🔸 Gimik Perasmian
🔸 Bersurai