MAKLUMAT ASAS SK SERDANG
KOD SEKOLAH : TBA1032
Email : tba1032@moe.edu.my
No.Tel : 09-8422 630 | Faks 09-8422 632
KOD SEKOLAH : TBA1032
Email : tba1032@moe.edu.my
No.Tel : 09-8422 630 | Faks 09-8422 632
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Serdang, Dungun, Terengganu telah mula dibuka pada 01.01.1983. Tuan Haji Wan Mohamad @ Muda bin Jusoh merupakan guru besar yang pertama. Sekolah ini yang mempunyai kawasan seluas 9.3 ekar terletak di kawasan luar bandar.
Mengikut cerita orang-orang tua di kampung ini, sekolah ini mendapat nama daripada sejenis tumbuh-tumbuhan hiasan yang banyak terdapat di sekitar kampung ini yang diberi nama pokok “Serdang”. Ekoran dari itulah nama kampung dan sekolah ini diberikan nama tersebut.
Setelah 25 tahun berlalu, seramai 887 orang murid telah mendapat pendidikan awal sekolah rendah di sekolah ini. Sekolah Kebangsaan Serdang yang merupakan institusi pendidikan di kampung ini telah menempa beberapa kejayaan manis dan pembakar semangat kepada generasi seterusnya.
FALSAFAH SEKOLAH
“Pendidikan teras kemajuan adalah satu usaha kearah mengembangkan potensi kanak-kanak secara menyeluruh bagi membolehkan mereka menjadi warganegara yang seimbang perkembangannya dari segi rohani dan jasmani yang berilmu pengetahuan, bertanggung jawab dan berkebolehan mencapai kebahagiaan diri serta memberi sumbangan positif terhadap pembangunan dan kemakmuran Negara demi untuk mewujudkan masyarakat yang taat setia, berdisiplin dan bersatupadu selaras dengan prinsip- prinsip rukunegara."
MOTO SEKOLAH
“ Kerajinan, Kebersihan, Ketabahan dan Kesederhanaan ”
Kerajinan dalam pembelajaran.
Kebersihan fizikal dan mental.
Ketabahan dalam pengurusan.
Kesederhanaan dalam membuat pertimbangan.
VISI DAN MISI SEKOLAH
Visi - Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Misi - Melestarikah sistem pendidikan berkualiti, untuk membangunkan potensi bagi memenangi aspirasi negara.
PIAGAM PELANGGAN
Kami sedia memberi perkhidmatan yang mesra, adil dan saksama kepada semua pelanggan kami sebagaimana berikut :
· Bersedia menolong dan membantu menyelesaikan masalah anda sebaik mungkin
· Bersedia membantu membimbing anak didik dengan ikhlas tanpa memilih rupa dan pangkat
· Berjanji tidak akan membazirkan masa bagi mempertingkatkan kemajuan anak- anak didik kami
· Berusaha meningkatkan pemuafakatan dan penglibatan kami dalam masyarakat sekeliling
· Berusaha meningkatkan tahap disiplin, kebersihan, kesihatan dan keselamatan sekolah
· Berikhtiar dan berusaha untuk melahirkan repasan sekolah yang berilmu, beriman, berkhlak mulia dan disiplin
· Bersedia menerima teguran, kritikan yang membina demi keutuhan dan kemajuan bersama
· Kami berjanji tidak akan mengabaikan tugas harian kami demi kemajuan dan peningkatan pengajaran dan pembelajaran anak didik semua
WAWASAN SEKOLAH
Bahawa sesungguhnya wawasan sekolah kebangsaan serdang dungun ialah untuk menuju kearah pencapaian matlamat pendidikan sekolah rendah ke tahap yang maksimum berdasarkan falsafah pendidikan negara.
PENAFIAN
Pengurusan SK Serdang,Dungun tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.