Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Serendah
Tarikh Penubuhan : 16 Ogos 1994
Bilangan Murid : 1262 orang
Bilangan Guru : 88 orang
Bilangan AKP : 11 orang
Bilangan Kelas : 42
Alamat : Sekolah Kebangsaan Serendah
48200 Serendah
Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan
No. Telefon : 603-60812889
No. Faks : 603-60811069
E-mel : bba5022@moe.edu.my
Sekolah Kebangsaan Serendah (SKS) mula dibina pada tahun 1992 di atas tapak seluas 9,090 hektar. Sekolah ini mula beroperasi pada 16 Ogos 1994.
2. Sekolah ini diberi nama sempena nama pekan Serendah yang terletak kira-kira 1 kilometer dari sekolah.
3. Ketika sekolah ini dibuka, sekolah ini hanya mempunyai seramai 14 orang guru dan 298 orang murid. Kini, setelah 29 tahun penubuhannya, Sekolah Kebangsaan Serendah mempunyai 86 orang guru dan 1262 orang murid.
4. Pertambahan mendadak populasi menyebabkan pada tahun 2003 sebuah bangunan baharu 3 tingkat dan sebuah makmal komputer telah dibina dan mula digunakan pada 2006.
Sekolah Kebangsaan Serendah mempunyai 38 bilik darjah, Pusat Sember Sekolah, Kantin, Dua buah makmal sains, makmal komputer, kelas prasekolah, Bilik PPKI, Bilik j-Qaf, Bengkel Kemahiran Hidup, Bilik Muzik, Bilik Bimbingan, Bilik BOSS, Bilik Mesyuarat dan Bilik Rawatan. Selain itu terdapat juga sebuah bangunan Rumah Guru 4 tingkat dalam kawasan sekolah ini.
LAGU SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Serendah
Teguh tersergam indah
Di sini kami menimba ilmu
Bekalan di hari muka
Mari bersama kita berusaha
Disiplin kerjasama
Didikan guru asas utama
Itu sumpah yang tercipta
Berusaha berilmu beramal
Itulah cogan katanya
Jadi amalan kami semua
Menuju ke puncak jaya
Rela kami semua berkorban
Mencapai cita-cita
Demi menuju satu wawasan
Bina negara berjaya
MISI SEKOLAH
Membangun Modal Insan Secara Adil Dan Berkualiti Berlandaskan Kehendak Akta Pendidikan Dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
VISI SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Serendah Bersepakat dan Berusaha Untuk Kemajuan Bersama
SLOGAN SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Serendah Ke Arah Menjadi Sekolah Cemerlang
PIAGAM PELANGGAN
1. Membimbing pelajar-pelajar supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia.
2. Menanamkan sikap kekitaan, penyayang dan bekerjasama.
3. Mempertingkat prestasi akademik dan kokurikulum yang cemerlang.
4. Melayan dan bekerjasama dengan ibu bapa dan tetamu dengan penuh kemesraan dan kesopanan.
5. Memastikan keadaan fizikal dan suasana sentiasa bersih, indah dan aman.