SK Rancha-Rancha merupakan sebuah sekolah tertua di W.P.Labuan. Sekolah ini dibina dalam tahun 1962. Pada ketika itu bangunannya terdiri darpada kayu, beratap daun nipah dan telah dibina oleh penduduk kampung secara bergotong-royong. Oleh itu sekolah ini disebut sebagai Sekolah Sukarela Rakyat atau Native Voluntary School (N.V.S) Rancha-Rancha.Selepas itu pentadbiran sekolah ini diambil oleh kerajaan dan namanya ditukar kepada Sekolah Rendah Kerajaan dalam tahun 1963 iaitu setelah Sabah merdeka dalam Malaysia.Kebanyakan pelajarnya adalah dari sekitar Kampung Rancha-Rancha dan Kampung Patau-Patau sahaja. Pada masa itu belum ramai penduduk dari luar Labuan jika dibandingkan sekarang.Pada tahun 1969, bangunan sekolah ini telah diubahsuai dan mengandungi sebuah bilik darjah dan sebuah bilik guru. Bangunan ini diperbuat daripada kayu, beratap zink dan berlantai simen.