DELIMa 2.0 : BENGKEL MENJANA KARANGAN MENGGUNAKAN OPEN Ai
Bengkel ini telah dihadiri oleh semua pelajar tahun 6 SKPP8(1). Sebanyak 2 sesi dijalankan di Pustaka Adiwangsa. Murid diberi pendedahan bagaimana merangkan dan membina promp yang betul bagi mendapatkan hasil karangan yang baik berpandukan tajuk yang sesuai. Antara aplikasi Open Ai yang digunakan di dalam DELIMa 2.0 ialah Gemini, Co-pilot dan Chat GPT.
DELIMa 2.0 RAK BUKU BLINK ADIWANGSA
Bengkel ini dianjurkan bagi menggalakkkan penggunaan bahan bacaan interaktif yang disumbangkan oleh pihak BLINK dengan kerjasama SKPP8(1) dalam membudayakan amalan membaca dikalangan murid. Seramai 33 orang murid Kelab Penggerak Digital Komputer tahun 4-6 menyertai bengkel ini. Program ini juga membolehkan murid mengakses dalam rak buku maya pihak BLINK seterusnya mencatat baan bacaan didalam aplikasi AINS NILAM dalam DELIMa 2.0.
DELIMa 2.0 : DEWAN BAHASA & PUSTAKA (DBP)
Bengkel ini dianjurkan bagi menggalakkkan penggunaan bahan bacaan interaktif yang disumbangkan oleh pihak Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) dalam Aplikasi DELIMa 2.0. Seramai 4 orang guru penasihat dan 33 orang murid Kelab Penggerak Digital Komputer tahun 4-6 menyertai bengkel ini. Bengkel ini juga membolehkan guru dan murid mengakses bahan digital yang dihasilkan oleh pihak DBP untuk digunakan semasa sesi Pengajaran dan pembelajaran.
DELIMa 2.0 : LAWATAN PEMBELAJARAN PROGRAM KERJASAMA TEKNIKAL MALAYSIA DAN TIMOR LESTE BERSAMA ENGLISH LEARNING TEACHING CENTER (ELTC) TAHUN 2025 - MINECRAFT EDUCATION EDITION
Dalam rangka lawatan program ini, rombongan daripada pihak kementerian Luar Timor Leste dan ELTC telah didedahkan dengan sesi Permainan Minecraft Education Edition yang terdapat di dalam DELIMa 2.0. dan penganjuran pertandingan MIEE tahun 2025 diperingkat kebangsaan. Tetamu telah diberi taklimat oleh adik Rohan, Adik Parsa dan adik Aqeef berkaitan projek yang telah mereka bina di dalam dunia minecraft.
DELIMa 2.0 : LADAP PEMBUGARAN DELIMA & GOOGLE CLASSROOM SERTA APLIKASI ERPH SIRI 2
Bengkel LADAP Pembugaran Delima & Google Classroom serta aplikasi e_RPH telah disampaikan oleh CIkgu Nur IIiya Amalina. Seramai 65 orang guru SKKP8(1) terlibat dalam bengkel ini yang diadalan di Bilik Mesyuarat Rekayasa.
INFO : DELIMA 2.5
AKTIVITI PENDIDIKAN DELIMa YANG SESUAI DIJALANKAN SEWAKTU BULAN RAMADHAN
MAJLIS PELANCARAN DELIMA 2.5 TAHUN 2025
Majlis pelancaran Program Delima bagi tahun 2025 telah dirasmikan oleh guru besar SKPP8(1) Puan Saliza binti Saludin diiringi oleh barisan pentadbir GPK 1, Puan Shuhelwah, GPK Koko, dan Puan Farahwahida.
ISNIN | 01042024 - Kuiz ramadhan pada tahun ini telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Surau Al-imtiyaz SKPP8(1) dan Unit ICT . Seramai 196 orang murid tahun 6 terlibat dalam pertandingan ini terdiri daripada kelas 6 Earth, 6 Jupiter, 6 Mars, 6 Mercury, 6 Venus dan Neptune. Kuiz telah dijalankan di makmal komputer 1 SKPP8(1). Uztazah Azimah bertindak sebagai penyelaras dibantu oleh GICT cikgu Mohd Farhan bagi melancarkan operasi perjalanan kuiz tersebut. Pengajuran kuiz secara online ini adalah bagi merancakkan penggunaan bahan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP).
KHAMIS |07032024 - Majlis bacaan yasin & Tazkirah Ihya' Ramadhan 1445 H
Majlis ini telah diketuai oleh Ustaz Khidhir bin Ngah yang diadakan secara dalam talian. Bacaan yasin ini mendapat kerjasama daripada Persatuan Ibu Bapa & guru (PIBG) dan seluruh Kulawarga SKPP8(1). Ianya dianjurkan sempena pembukaan sekolah tahun 2024 dan menyambut bulan Ramadhan 1445H. Bacaan yasin bermula dari pukul 8.00 malam dan berakhir pada pukul 8.45 malam. Majlis juga diselitkan dengan tazkirah ihya' ramadhan dimana bulan ramadhan akan disambut pada hari kedua persekolah. Semoga seluruh warga SKPP8(1) memdapat manfaat dan berkat. Amin.
ISNIN | 29012024 - iOS IDEATION CHALLENGE 2023
Tahniah diucapkan kepada peserta dari SKPP8(1) yang menjadi johan peringkat kebangsaan. Semoga ianya memberi inspirasi kepada rakan-rakan yang lain.
Guru pembimbing :
1) Cikgu Hanif
Peserta terbabit ialah :
1) Parsa Parhizkar (4 Jupiter)
2) Dayang Suha Marissa Binti Abang Yusuf (5 Jupiter)
3) Auni Safiyyah binti Mohd Azimin (6 Neptune)
JUMAAT | 26012024 - LAWATAN PENANDA ARAS SK SEMBULAN, KOTA KINABALU SABAH 2024
Selamat datang diucapkan kepada 32 orang guru dan pentadbir SK Sembulan Sabah yang telah membuat lawatan penanda aras ke SK Putrajaya Presint 8(1). Dalam rangka lawatan ini, mereka menyasarkan untuk memfokuskan ke arah pendidikan digital iaitu Aspirasi Permainan Minecraft Education Edition Challenge (MEE) yang terdapat dalam platform DELIMa 2.0 KPM. Pada tahun 2023 SKPP8(1) telah berjaya merangkul 2 anugerah dalam pertandingan tersebut iaitu adik Rohan Parhizkar (Johan MEE tahap 1) bagi kategori sekolah rendah dan adik Parsa Parhizkar (Ketiga MEE Tahap 2) bagi kategori sekolah rendah.
Rombongan ini telah dibawa ke beberapa bilik khas seperti Perpustakaan adiwangan, Bilik Twinkle 81 TV, Bilik digital hub, Makmal komputer dan bilik cinema SKPP8(1).
-ASPIRASI MINECRAFT-
*LAWATAN PENANDA ARAS SK SEMBULAN*
_Selamat datang SK SEMBULAN_
LAMAN RASMI
https://sites.google.com/moe-dl.../lawatanpenandaaras/home
BROSUR
https://bit.ly/BROSURSKSEMBULAN
PAUTAN GAMBAR
https://photos.app.goo.gl/Dmf62JXeLCBsGYVF6
FB SKPP8(1)
https://www.facebook.com/photo/?fbid=1055220152184551&set=pcb.1055221362184430
Tahniah kepada guru-guru SKPP8(1), yang telah BERJAYA dan lulus GOOGLE CERTIFIED LEVEL 1 dan 2 .
Terima kasih SSTP Putrajaya atas baucer dan mentor, Cikgu Nur Iylia (GOOGLE CERTIFIED TRAINER) yang bersama- sama membimbing guru-guru untuk memperoleh sijil ini.
TAHNIAH KULAWARGA 8(1)
ISNIN | 22012024 - PLC SMARTBOARD TV PdP DELIMa 2.0 2024
PLC ini telah dihadiri oleh CIkgu Mohd Farhan, CIkgu Samuel, cikgu Siti Hafizah dan CIkgu Najihah. Terima kasih kepada En Emkay dari JPWP Putrajaya kerana sudi memberi tunjuk ajar berkaitan penggunaan smartboard TV kepada wakil unit ICT, guru DELIMa & pusat Sumber Adiwangsa SKPP8(1). Lawatan singkat ini bermula pada pukul 2.00 ptg dan berakhir pada pukul 3.45 ptg di Parcel E, JPWP Putrajaya. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bagi PdP disekolah dan penggunaan platform DELIMa 2.0 kepada semua murid SKPP8(1) kelak. Amin.
ISNIN | 16012024 - LAWATAN ROMBONGAN DELIGASI TIMBALAN MENTERI REPUBLIK KYRGYZ KE SKPP8(1)
Pada minggu ini, SKPP8(1) sangat bertuah apabila menerima kunjungan delegasi dari Republik Kyrgyz seramai 6 orang yang diketuai oleh H.E Mr. Edil Baisalov, Deputy Prime Minister of the Kyrgyz Republic, Mrs Samykbseva Lira Amanbayevna, Deputy Minister of Education and Science of the Kyrgyz Republic, Mr. Burzhuwev Azamat, Head of Digital Development, Department of Administration of the Kyrgyz Republic, Mr.Omurdekov Mederbek, Chief Expert of the Department of Industry Policy of the Administration of President of the Kyrgyz Republic, Mr Toktobolot Zhumaliev, Charge of Affaires of Kyrgyz Republic to Malaysia dan Mr. Zhaliev Azirat, Assistant to the Kyrgyz Delegation.
Turut serta dalam kunjungan ini ialah 8 orang pegawai JPWPP yang diketuai oleh Tuan Pengarah, 7 orang pegawai BSTP, KPM dan 3 orang pegawai dari BPSH, KPM. Tujuan kunjungan adalah untuk mengetahui Dual Language Programme (DLP) yang dilaksanakan di SKPP8.1 dan juga pengaplikasian pembelajaran digital oleh guru dan murid.
Tujuan utama lawatan diadakan adalah bagi mempelajari pelaksanaan pembelajaran digital DUal Language Programme (DLP) di Putrajaya khususnya dan Malaysia secara umumnya. Selain itu, rombongan ini juga diberi penerangan berkaitan penggunaan aplikasi platform DELIMa 2.0 KPM dalam mengoptimumkan PdP murid di Malaysia terutama ketika PdP atas talian dan seccara online.
Walaupun berita kunjungan ini diterima pada petang Rabu minggu lepas, alhamdulillah dengan kerjasama dan kesepaduan KULAWARGA 8.1 (pentadbir, guru, AKP dan murid), apa yang dirancang berjalan lancar hari ini...alhamdulillah. Sekalung penghargaan kepada semua guru dan AKP yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung..KULAWARGA 8.1 ALWAYS AWESOME!!
KREDIT PICTURE:
cikgu nazreen, cikgu liya amalina
https://photos.app.goo.gl/wecAvM7Gxs5Ww3k6A
SABTU | 06012024 - BENGKEL CANVA DELIMa by cikgu nazreen
Pada minggu ini satu bengkel ringkas berkaitan asas penggunaan aplikasi CANVA telah dianjurkan di Hotel Esplanade, Klang. Bengkel ini telah disampaikan oleh CIkgu Nazren kepada Jawatankuasa Pengurusan SKPP8(1). Aplikasi ini diperlukan oleh guru dan kakitangan sokongan dalam membuat rekaan design bahan infografik yang terdapat buku PRAKARSA 2024. Diharapkan, pendedahan dan bengkel ini dapat memberi manfaat kepada semua pada akan datang.
HARI : Sabtu
TARIKH : 6 Januari 2024
TEMPAT : Hotel Esplanade, Klang
LINK :
https://photos.app.goo.gl/ashqEbsazVC4qfKEA
KREDIT PIC :
cikgu farhan & nazreen