Di sekolah kebangsaan di Malaysia, pelbagai bentuk bantuan disediakan oleh kerajaan untuk memastikan semua murid mendapat peluang pendidikan yang sama tanpa mengira latar belakang ekonomi. Antara bantuan utama ialah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) bagi murid daripada keluarga berpendapatan rendah, yang menyediakan makanan berkhasiat setiap hari persekolahan. Selain itu, murid juga menerima bantuan buku teks (SPBT) secara percuma bagi meringankan beban ibu bapa dalam penyediaan keperluan pembelajaran.Bantuan persekolahan awal tahun yang disalurkan bagi memastikan kebajikan murid terus terpelihara.Semua usaha ini mencerminkan komitmen kerajaan Malaysia untuk mewujudkan sistem pendidikan yang inklusif, saksama, dan berkualiti bagi semua lapisan masyarakat.