Murid akan disusun dalam setiap kelas mengikut umur dan tahap. Setiap kelas tidak akan melebihi 6 orang. Setiap subjek yang bakal murid pelajari akan diajar oleh Para Guru yang mempunyai Ijazah Pendidikan dan Ijazah Perguruan dalam subjek yang diajar.
Disamping mempunyai guru-guru yang terlatih, sesi pengajaran dan pembelajaran akan disesuaikan dengan tahap perkembangan individu murid itu sendiri. Selain itu, pengajaran dan pembelajaran akan dijalankan melalui pengalaman dan dilaksanakan seara holistik dan menyeluruh. Kami juga memberi ruang kepada murid untuk mengembangkan diri mereka melalui penglibatan dalam aktiviti di luar bilik darjah. Perkembangan dari segi sosial juga akan diberi penekanan kepada murid-murid ini agar mereka dapat melibatkan diri antaranya dalam aktiviti sukan dan seni agar mereka tidak terasing dari murid-murid normal di sekolah biasa, (murid arus perdana).
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Arab
Matematik
Sains
Pendidikan Agama Islam / Pendidikan Moral
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Reka Bentuk dan Teknologi
Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan, (KAIMAL)
Pendidikan Seni (Suaian)
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Pendidikan Muzik