PROFIL SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH

HUBUNGI SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (P) Miri ditubuhkan sejak tahun 1987. Bermula dengan sebuah kelas integrasi pendengaran dan kini menyediakan peluang pembelajaran kepada murid-murid khas Pendengaran, Masalah Pembelajaran (KKBP) dan Masalah Penglihatan

Pada permulaannya ia diadakan sebagai sebuah kelas dijalankan secara Integrasi di Sekolah Kebangsaan Anchi, Miri. Bermula pada tahun 1997, Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas mempunyai pentadbirannya sendiri di bawah penyeliaan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru Besar yang telah dilantik mentadbir sekolah ialah Puan Hazlina Tho Abdullah dan dibantu oleh 5 guru.

Walau bagaimanapun pejabat dan kelas masih lagi menumpang di Sekolah Kebangsaan Anchi iaitu 2 buah kelas asal telah diubahsuai dan dijadikan 5 buah kelas untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Pejabat Am pula masih berkongsi dengan bilik SPBT SK Anchi.

Pada tahun 2000 Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas diberi 2 bangunan asrama lama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Miri yang berpindah. Pengubahsuaian berperingkat menjadikan Blok A sebagai blok pentadbiran dan bilik darjah.

Pada tahun 2001 SK Pendidikan Khas (P) berpindah ke tempat baru setelah pengubahsuaian siap dijalankan dan diberi kelulusan sehingga kini. Pada tahun 2003 pengubahsuaian Blok B diadakan dan kini menempatkan bilik panitia, Pusat Sumber dan Bilik Pertuturan, bilik bimbingan dan kaunseling dan surau. Pada tahun 2004 Kelas Pra Sekolah dibuka secara rasmi.

Pada tahun 2005 Encik Stanly Aba telah mula menjawat jawatan Guru Besar dan program Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran telah mulai dibuka menjelang tahun 2006.

LOKASI SEKOLAH

VISI & MISI

MOTTO