SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS JOHOR BAHRU
JPK 5739, JALAN PAHLAWAN 17, TAMAN UNGKU TUN AMINAH, 81300 SKUDAI, JOHOR
JPK 5739, JALAN PAHLAWAN 17, TAMAN UNGKU TUN AMINAH, 81300 SKUDAI, JOHOR
07-556 6281
SK Pendidikan Khas Johor Bahru, merupakan sebuah sekolah pendidikan khas yang terletak di JKR 5739, Jalan Pahlawan 17, Taman Ungku Tun Aminah.
Pada 2026, Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Johor Bahru memiliki 97 pelajar lelaki dan 37 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 134 orang. SKPKJB mempunyai seramai 41 orang guru.
FALSAFAH PENDIDIKAN
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. "
VISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Kementerian Pendidikan Malaysia pendidikan berkualiti insan terdidik negara sejahtera
MISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara
WAWASAN PENDIDIKAN
Perpaduan.
Stail pengurusan dan kepimpinan.
Perkhidmatan penyayang.
Pengupayaan (empowerment).
Sistem pengesanan yang efektif.
Budaya ilmu.
Sekolah penyayang.
Budaya cemerlang.
Ketiadaan kegagalan (zero defect).
PROGRAM TRANFORMASI SEKOLAH TS 25
Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 19 Januari 2015, telah meluluskan pelaksanaan Program Sekolah Transformasi (PST) KPM, manakala Mesyuarat Profesional KPM Bil. 14/2017 bertarikh 27 April 2017 telah meluluskan penjenamaan semula PST kepada Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25).
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti tinggi agar selaras dengan keperluan semasa pendidikan di negara kita.
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.
TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui;
Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
Disokong kepimpinan yang berkualiti / berwawasan
Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi
Komitmen komuniti yang padu
Pada tahun 2020, SMK Lui Barat telah terpilih sebagai sekolah yang terlibat dalam Program Transformasi Sekolah (TS25) bagi kohort kelima. Justeru, pihak sekolah komited menjayakan program TS25 selaras dengan rasionalnya ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu;
Memantapkan kepimpinan sekolah
Memaksimumkan kualiti guru
Mengukuhkan pelibatan PIBG, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid
PdP bermakna di samping persekitaran yang berkesan
Matlamat Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul yang akan dicapai menerusi transformasi dalam lima teras yang berikut;
Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna
Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan
Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi
Komitmen komuniti yang padu.
Objektif Program Transformasi Sekolah antara lain ialah;
Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik;
·Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan; dan
Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid.
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR
VISI
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"
MISI
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi memenuhi Aspirasi Negara"
SLOGAN
"One Step Ahead "
SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS JOHOR BAHRU
FALSAFAH SEKOLAH
Menyediakan perkembangan optima kanak-kanak dengan keperluan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, boleh mengurus kehidupan sendiri, menyedari ada potensi diri dan boleh menyesuaikan diri di dalam masyarakat dan negara.
MATLAMAT
Agar masyarakat yang kurang bernasib baik ini dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan masyarakat umum. Diterima sebagai individuindividu yang memiliki keistimewaan tersendiri melalui produk-produk yang dihasilkan. Bersama-bersama menikmati kejayaan di bidang ekonomi dan sosial serta mampu menabur bakti kepada bangsa dan negara
SLOGAN SEKOLAH
‘LANGKAH SEDERAP KEJAYAAN DIKECAP’
‘TOGETHER WE SUCCED '
TERAS PERKHIDMATAN
Berazam meninggikan mutu perkhidmatan.
Bekerja dengan penuh tanggungjawab.
Berusaha mengikis sikap mementingkan diri.
Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan. Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara.
Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara.
Berpegang teguh kepada ajaran agama.
Kami anggota S.K. Pendidikan Khas Johor Bahru dengan
Penuh tekad dan iltizam akan menumpukan seluruh
Tenaga dan usaha kami:
Memastikan semua murid bermasalah pendengaran mendapat tempat dan kemudahan belajar sebaik mungkin
Membentuk pelajar dengan sihat dari aspek fizikal, mental dan rohani
Menghasilkan pelajar berkemahiram 3m dan bahasa melayu kod tangan
Membentuk pelajar menjadi ahli masyarakat yang beridikari, berkeyakinan dan berkebolehan menyumbang terhadap keharmonian dan kemakmuran negara
Mewujudkan suasana sekolah yang bersih, indah, selesa dan selamat
Mengamalkan sikap prihatin, sentiasa peka dan responsif kepada murid dan ibu bapa / penjaga murid
Bersedia menerima segala pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina dari semua pihak dalam usaha mempertingkatkan prestasi serta kecemerlangan pendidikan.
Menjalinkan hubungan baik dengan ibu bapa/ penjaga pelajar, ahli masyarakat setempat dan agensi-agensi lain