LENCANA SEKOLAH
Obor
Ilmu pengetahuan dan pelajaran untuk mencerahkan masa depan.
Warna Kuning
Ibarat asas cahaya ilmu pengetahuan dan pelajaran yang berdaulat.
Warna Hijau
Murid-murid masih mentah dan ramai beragama Islam.
Warna Putih Dan Biru
Warna pakaian seragam murid-murid.
Warna Coklat
Warna kulit suku bangsa serupa sahaja.
Bingkai Lencana Berupa Tali
Mendisiplinkan dan menambahkan asas-asas pelajaran serta ilmu pengetahuan pada murid-murid.
SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN PETAGAS
Sekolah Kebangsaan Petagas adalah merupakan salah sebuah sekolah yang termasuk dalam Daerah Penampang. Sekolah ini terletak kira-kira 9 kilometer dari Bandaraya Kota Kinabalu. Jika kita tinjau kedudukan sekolah ini, ianya adalah amat strategik, ini kerana terletak di tengah-tengah Kampung Petagas.
Sejarah persekolahan di Kampung Petagas ini bermula apabila sebuah sekolah sementara sederhana telah didirikan pada tahun 1955, ketika itu negeri Sabah masih dibawah pemerintahan Inggeris. Pada mulanya, sekolah ini tertubuh adalah atas daya usaha Ketua Kampung Petagas pada waktu itu, beliau ialah KK Awang Jaya Majintar dan dibantu oleh Encik Mohd. Yunin Arshad. Kesedaran dan usaha mereka menubuhkan sekolah di Kampung Petagas ini telah diterima dan disokong penuh oleh penduduk-penduduk Kampung Petagas.
Setelah bangunan sekolah siap dibina, KK Awang Jaya Majintar dan beberapa orang rakannya telah menjalankan kempen untuk menarik anak-anak di sekitar Kampung Patagas untuk belajar di sekolah yang baru itu. Kempen yang dijalankan telah berjaya menarik kira-kira 75 orang murid.
Pada mulanya, sekolah ini hanya mampu mengadakan tiga kelas sahaja iaitu darjah satu, darjah dua dan darjah tiga. Murid yang belajar dalam darja satu adalah seramai 32 orang, darjah dua seramai 24 orang dan darjah tiga pula cuma 19 orang. Tenaga Pengajar yang ada pada ketika itu hanya lima orang sahaja. Guru-guru yang berjasa itu ialah Cikgu Mohd. Yunin Arshad, selaku Guru Besar sementara guru-guru yang lainnya ialah Cikgu Anak, Cikgu Tukan Lattah, Cikgu Jamri dan Cikgu Hamzah Amin.
Sekolah Kebangsaan Petagas seperti yang kita lihat pada hari ini telah dibina secara berperingkat-peringkat.
Peringkat Pertama
Pada tahun 1959, sekolah sementara telah dibina pada tahun 1995telah dirobohkan dan diganti pula dengan bangunan sekolah yang baru.
Peringkat Ke Dua
Pada tahun 1963, bangunan tambahan telah didirikan lagi kerana bilangan kelas yang ada tidak mencukupi untuk menampung bilangan murid yang bertambah ramai.
Peringkat Ke Tiga
Pada tahun 1969, iaitu selang enam tahun setelah bangunan tambahan dibina pada tahun 1963, sekali lagi sekolah ini menerima peruntukan dan telah mendirikan bangunan tambahan kerana bilangan murid semakin bertambah.
Peringkat Ke Empat
Pada tahun 1975 bangunan tambahan yang terakhir yang lebih selesa dan lengkap telah dibina kerana memandangkan kepentingan sekolah ini pada masyarakat di sekitar Petagas. Tambahan pula bilangan semakin bertambah dari tahun ke tahun.
Bangunan Sekolah Kebangsaan Petagas talah dirasmikan pada 29 Mac 1975 oleh Tuan Pengarah Pelajaran Sabah pada waktu itu, beliau ialah Encik Omar Mohd. Hashim. Sekolah Kebangsaan Petagas yang ada dilengkapi dengan bekalan air dan elektrik, 12 buah bilik darjah, bilik guru besar, bilik rehat guru-guru, bilik solat, bilik sumber, bilik pemulihan, stor alat-alat sukan dan buku teks, tandas guru dan murid serta tiga buah rumah guru. Memang tidak dapat dinafikan bahawa bangunan lama ini mempunyai berbagai-bagai kekurangan dan masalah namun atas daya usaha Guru Besar dan guru-guru sekolah ini, sedikit sebanyak segala kekurangan dan masalah dapat diatasi.
Sebagai sebuah sekolah yang berusia hampir satu pertiga (1/3) abad, sekolah ini telah banyak berjasa dan berbakti kepada masyarakat, terutama sekali yang tinggal di sekitar Petagas dan Putatan. Ini kerana dengan segala kekurangan yang ada telah ramai murid-murid tua sekolah ini yang berjaya melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat universiti di dalam dan luar negeri dan di seberang laut.
Guru Besar, guru-guru dan kakitangan sekolah adalah merupakan jentera kerajaan untuk melahirkan generasi yang berilmu dan berpengetahuan sempurna yang bakal membangunkan Negara dan mengharumkan nama Malaysia khasnya di mata dunia. Sesunggunya sejarah seorang Perdana Menteri, Profesor, Ulama, Doktor, Saintis dan sebagainya adalah bermula dari seorang guru biasa yang telah mengajarnya A B C, Alif Ba Ta dan 1 2 3. Oleh yang demikian segala jasa bakti yang murni ini akan tetap dikenang bangsa dan Negara hingga akhir nanti.
GURU BESAR-GURU BESAR YANG PERNAH BERKHIDMAT DI SEKOLAH KEBANGSAAN PETAGAS