Dalam usaha merealisasikan Visi dan Misi kami guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir bertekad dan berikrar untuk menyempurnakan hak-hak pelanggan berikut:
•Menyediakan prasarana sekolah yang bersistematik dan berkualiti bagi kecemerlangan akademik dan kokurikulum.
Akan mengamalkan budaya melayan dengan penuh sopan santun dan mesra dalam masa 10 minit.
Mewujudkan budaya penyayang dan semangat kekitaan dalam kalangan murid, guru dan kakitangan.
Mewujudkan pemuafakatan pendidikan yang bersepadu dalam kalangan ibu bapa dan guru ke arah kecemerlangan sekolah.
Mewujudkan suasana
" Sederap Menuju Kejayaan"
"SKPPBEST"
B BERBUDI
E EHSAN
S SAYANG
T TERBAIK
Kampung Permatang Pasir merupakan sebuah perkampungan Melayu yang terletak berhampiran dengan pekan Jugra yang menjadi pusat pentadbiran Daerah Kuala Langat pada tahun 1904. Kampung ini berhampiran dengan istana tempat bersemayam Sultan Selangor pada masa itu di Kampung Bandar.
Oleh sebab kedudukan kampung berhampiran dengan pusat pentadbiran, maka Residen British Selangor telah mendirikan sebuah sekolah Melayu pada Mei 1905 dengan nama Sekolah Melayu Permatang Pasir. Sekolah ini merupakan antara sekolah melayu yang terawal di Kuala Langat selain daripada sekolah di Kampung Bandar, Sungai Manggis dan Kg. Kelanang.
Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir telah mula dibina pada tahun 1905 dengan sebuah bangunan daripada kayu dan batu bata. Guru Besar pertamanya ialah Allahyarham En. Ahmad bin Abdullah. Dalam tahun 1941 keluasan sekolah ini telah bertambah kepada 3.9 ekar dengan pertambahan pembinaan 3 buah rumah guru. Sehingga ke hari ini keluasan kawasan sekolah ini kekal 3.9 ekar. Tapak / kawasan sekolah ini adalah dimiliki oleh kerajaan. Bangunan asal sekolah ini dibina satu tingkat dengan tiang yang tinggi, bahagian bawahnya dibiarkan kosong, bahagia atas sahaja digunakan untuk bilik darjah dan pejabat.
Pada tahun 1934 bangunan sekolah ini telah diubahsuai kepada 4 bilik darjah dibahagian bawah dan seterusnya pada tahun 1984 pengubahsuaian dilakukan dibahagian atas pula yang mempunyai 1 bilik darjah, bilik media, pusat sumber dan pejabat pentadbiran.
Pertengahan tahun 1983, sebuah bangunan setingkat yang mengandungi 2 bilik darjah telah didirikan hasil daripada gotong royong PIBG. Pada tahun 1986 bangunan ini mula digunakan. Dalam tahun 1993 sebuah bangunan 2 bilik darjah lagi telah siap dan mula digunakan, hasil dari pembinaan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pada tahun 1990 sebuah surau yang dibuat daripada kayu telah didirikan oleh beberapa orang individu yang ingin menyumbang kepada sekolah di tepi padang berhampiran rumah guru. Surau ini didirikan semasa En. Mahapol bin Mansor menjadi Guru Besar.
Pada tahun 1999 sebuah bangunan tambahan 3 tingkat dibina terdiri dari 8 buah bilik darjah, sebuah makmal, dan 4 buah bilik air serta setor. Blok baru ini digunakan sepenuhnya pada bulan Februari 2000.
Pada tahun 2000 itu juga sebuah lagi bangunan baru 3 tingkat didirikan yang mengandungi 8 buah bilik darjah, 2 buah setor dan 2 buah bilik air. Bangunan ini mula digunakan pada Januari 2001. Dalam tahun ini juga 2 buah bilik darjah diubahsuai menjadi pejabat pentadbiran, 1 bilik mesyuarat dan 1 bilik Seni.
Tahun 2003 Sebuah bilik darjah di tingkat 3 bangunan pejabat telah diubahsuai menjadi makmal komputer dengan menerima peruntukan sebanyak 14 unit komputer dari Kementerian Pelajaran Malaysia, pada tahun ini juga sebuah bilik Smart Lab juga diwujudkan. Tahun 2004 SK Permatang Pasir telah mendapat peruntukan untuk mengubahsuai sebuah bilik darjah untuk dijadikan bilik prasekolah. Kelas Prasekolah ini telah dibuka pada tahun 2005 dengan bilangan murid 25 orang, seorang guru prasekolah yang terlatih dan seorang pembantu pengurusan murid prasekolah. Sehingga sekarang ini SK Permatang Pasir mempunyai 5 blok bangunan.
Kelas J-Qaf telah bermula pada tahun 2007. Tahun 2008 SK Permatang Pasir telah mendapat peruntukan RMK 9 dengan naik taraf bilik J-Qaf, Surau bangunan kayu telah dirobohkan dan ditukar kepada bangunan batu serta pagar batu bahagian depan sekolah.
En. Ahmad bin Abdullah (1905-1919)
En. Osman bin Wahid (1919-1930)
En. Ayob bin Abdullah (1930-1941)
En. Ahmad bin Hj. Ab. Hamid (1941-1945)
Tn. Hj. Mustafa bin Mahmud (1945-1948)
En.Jamaluddin bin Abdullah (1948- 4.7.1953)
En. Mohd Noh bin Mohd Atan (5.7.1953 - 31.5.1956)
En. Umar bin Hitam (1.6.1956 - 30.4.1958)
En. Mohd Jauhar bin Md. Lazaim ( 1.5.1958 - 1.4.1973)
En.Abu Samah in Sali (2.4.1973 - 24.10.1979)
Encik Samri bin Rais (1 Januari 1980-31 Disember 1983)
Tn. Haji Abdul Khalid bin Maun (1 Januari 1984 - 15 Oktober 1986)
Encik Kamaruzzaman bin Idris (16 Oktober 1986 - 30 Jun 1989)
Encik Mohd Mahpol bin Mansur (1 Julai 1989 - 1 Feb 1993)
Encik Kassim bin Ahmad (16 Februari 1993- 15.1.1997)
En. Said bin Chapah (16.1.1997 - 2.1.1998)
En. Yaccob bin Abd. Rahman (1.3.1998 - 8.11.2002)
Pn.Nooriah bt Zakariah (9.11.2002 - 15.4.2006)
Pn. Hjh. Madzriyah bt Hj.Mohammad Lazim (20.6.2006 - 29.1.2010)
En. Abdul Razak bin Supar (16.2.2013 - 30.8.2017)
Pn. Hajjah Zulliana binti Haji Abdul Samad (25 September 2017-19 Jun 2020)
Pn. Hjh Rafeah bt Wahid ( 20.6.2020 - 2023)
Tn.Hj.Abdul Najah bin Said (2023 hingga kini)
MERAH : Berani menghadapi cabaran isi pendidikan
semasa
KUNING : Menghormati dan melaksana Dasar Pendidikan Negara.
HIJAU : Nilai agama dan moral dijadikan landasan
OBOR : Melambangkan semangat setiap warga yang berkobar-kobar untuk mencapai kejayaan
LIRIK LAGU SK PERMATANG PASIR
Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir
Mendidik kami semua
Terus belajar hingga ke akhir
Berusaha dan berjaya
Ilmu ditimba sehabis jaya
Untuk di hari muka
Segala cita pastikan jaya
Masa depan sejahtera
Guru dihormati bersama bahagia
Sopan santun jadi amalan
Berbudi bahasa
Amalan kita
Hidup sejahtera
PELAN SK PERMATANG PASIR