GURU BESAR
PN. ANITA SHYAMINI S. AZMAN
GURU BESAR
PN. ANITA SHYAMINI S. AZMAN
Memetik kalimah teragung Bismillahirrahmanirrahim, rasa syukur dengan nikmat yang tidak terukur, alhamdulillah berkat pinjaman nafas daripada-Nya dapat kita melangkah ke tahun baharu 2025.
Guru-guru sekalian, biar tahun yang berubah, kita adalah kita, masih kekal dan santai di posisi yang sama sebagai induk kepada anak didik kita. Jika kita sorot kembali tahun lepas yang agak suram dimata saya, banyak kali kita disimbah dengan kekecewaan pabila tumpas tersungkur dalam pelbagai pertempuran dunia pendidikan.
Namun hakikat, perkara yang lepas kita jadikan pengajaran agar kita lebih dewasa dalam meniti arus angkara. Biarkan kenangan tahun lepas deras berlari pergi, tetapi di sini saya tegaskan peristiwa yang lepas ini jangan dituai ibarat adat lembaga pusaka usang. Kita pastikan bersama agar lembaran tahun baru ini lebih meriangkan.
Para guru SKPS yang saya kasihi, dalam meniti titi perjuangan Pendidikan tahun ini, saya seru anda semua untuk terus membaja dan bangkitkanlah aura guru berjiwa pendidik dalam diri kita. Bak kata pepatah, ‘kuat sepit kerana kempu’. Saya selaku ketua sekolah akan terus menyokong segala usaha dan niat luhur para guru dalam melahirkan anak didik SKPS yang berkebolehan dan berwawasan. Guru-guru sekalian, bersama dengan saya kita semarakkan api keyakinan dalam diri ni, jangan sesekali kita kabur dari tujuan asal kita sebagai pendidik di sekolah ini. Kita buka tahun ini dengan pelbagai idea, usaha dan strategi yang bervariasi demi hasil yang indah.
Tuan puan sekalian, kalau tidak kita basahkan pendayung, manakan sampai sampan ke penghujungnya. Kalau kita kian sebati dengan kemalasan maka empuklah kita dengan 1001 keburukan. Jujur saya katakan yang berat itu adalah amanah. Amanah kita untuk terus memberi pendidikan dan ilmu yang teriktiraf kepada anak-anak murid kita. Sebalik amanah yang berat itu, saya cukup percaya bahawa yang mudah itu berbuat dosa, yang sukar itu berbuat pahala. Kepada semua barisan guru SKPS, ingatlah keringat yang membasahi tubuh kita hari ini adalah pahala yang berterusan buat kita semua. Jika suatu hari nanti cikgu-cikgu mulai goyah dengan amanah yang dipikul ini, cari hakikat temukan azimat. Melalui agamalah kita diikat dengan kekuatan. Teruslah kuat dan jadilah tenang setenang air di tasik. Teruslah mengukir senyuman walau penat diri tiada siapa yang rasa. Kita berkumpul di bawah satu bumbung yang sama dengan visi dan kudsi yang sama, insya-Allah satu hari nanti kita nikmati kejayaannya juga bersama.
2025 year to shine, lets make it happen!
Cikgu Anita Shyamini
Guru Besar SK Pekan Satu, Wilayah Persekutuan Labuan
“Didik Murid Tanpa Syarat, Kemenjadian Murid Keutamaan Kami”
SKPS Truly Number One!
LABUAN BISAI, 100% KITA PUNYA
Nama sekolah : Sekolah Kebangsaan Pekan Satu
Kod sekolah : WBA1008
Alamat sekolah : SK Pekan Satu, Peti Surat 81104, 87021 WP Labuan
No. Tel / Faks : 087-411680 / 087-412680
e-mel : wba1008@moe.edu.my
JPN : WP Labuan
Gred : A
Jenis sekolah : Sk
Peringkat : Prasekolah - Tahun 6
Jenis murid : Lelaki dan Perempuan
Sesi Persekolahan : Pagi sahaja
Lokasi : Bandar
Bilangan guru : 83 orang
Bilangan AKP : 17 Orang
Bilangan kelas : 43 kelas
Bilangan murid : 1152 orang
MAKLUMAT SEKOLAH
LAMAN KPM
SISTEM PENGURUSAN IDENTITI (idMe)
APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM)
SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN PENDIDIKAN (EMIS)
SISTEM HRMIS
SISTEM SGMY
KOMPONEN PENGURUSAN