Pada tarikh 1 Januari 2011 merupakan detik bersejarah bagi Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 3. Ini kerana, pada tarikh tersebut bermulalah sesi persekolahan Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 3 buat julung kalinya. Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 3 ini merupakan sebuah sekolah rendah yang ketiga didirikan di sekitar Bandar Puncak Alam. Jumlah murid pertama yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 3 adalah seramai 728 orang.Bangunan Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 3 ini mempunyai 7 blok iaitu 2 blok bilik khas, 3 blok bilik akademik, 1 blok prasekolah dan 1 ruang kantin. Dua blok bilik khas ini mempunyai 3 tingkat dan terdiri daripada pejabat pentadbiran, bilik guru, bilik Bimbingan & Kaunseling, bilik sains, bilik RBT, bilik SPBT, bilik kesihatan dan lain lain termasuk tandas dan utiliti. Manakala 3 blok lagi merupakan bilik akademik, musolla dan dewan terbuka. Kantin ditempatkan di aras 1 Blok E dan dilengkapi dengan ruang makan murid, bilik makan guru, bilik masakan dan tempat penyediaan makanan dan minuman untuk murid-murid. Blok prasekolah pula berada agak jauh sedikit dari bangunan utama dan dilengkapi dengan 2 bilik akademik, 1 bilik makan, 1 dapur penyediaan makanan, tandas dan padang permainan. Bilangan tenaga pengajar pada peringkat awalnya adalah seramai 37 orang termasuk pentadbir. Jawatan Guru Besar disandang oleh Tn.Haji Ismail bin Dawani yang sebelum ini berkhidmat sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Assam Jawa. Setelah beroperasi selama lebih
kurang 11 tahun, pengurusan sekolah ini telah diterajui oleh 4 orang guru besar iaitu: -
Pengasas sekolah –Tn. Haji Ismail bin Dawani (10 Jan 2011 - 30 Julai 2016)
Kedua – Pn. Hajah Hasnita binti Hassan (1 Ogos 2016 - 7 Feb 2018)
Ketiga – Pn. Salasiyah bt Patoni (8 Feb 2018 - 31 Okt 2022)
Keempat - Encik Kamarul Hisham b. Hashim (5 Disember 2022 hingga kini)