PORTAL RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN MORIB
En Zulkefli bin Hussain,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Morib.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan izin-Nya, kita dapat meneruskan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Tahniah kepada warga guru SK Morib yang telah menunjukkan satu semangat sebagai pendidik demi membulatkan tekad dan usaha bagi membolehkan proses pendidikan dapat dijalankan di peringkat yang optimum.
Kejayaan sesebuah sekolah banyak bergantung pada pembangunan pendidikan yang terancang dan bersepadu dalam kalangan semua warga sekolahnya. Sumber manusia yang dilengkapi ilmu yang selari dengan perkembangan semasa mampu mendepani cabaran era globanisasi. Generasi yang berilmu telah terbukti dapat menjamin kestabilan, kemampuan dan kemajuan sesebuah sekolah.
Justeru itu saya bersyukur ke hadrat Allah dengan limpah kurnia-Nya Sekolah Kebangsaan Morib ini telah dapat merancangkan pengurusan sekolah dengan lancar dan berkesan. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada semua guru yang terlibat.
Saya akan berusaha untuk meneruskan kecemerlangan sekolah ini dan memastikan segala aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) terlaksana dengan jayanya. Paling penting ialah hala tuju yang berfokuskan kepada kemenjadian seorang insan bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga sahsiah dan kokurikulum selaras dengan saranan KPM untuk melahirkan insan yang seimbang dan holistik. Saya yakin Sekolah Kebagsaan Morib akan sentiasa bersinar sebagai sebuah permata yang sangat berharga.
Sebagai pemimpin sekolah, saya mengharapkan sokongan padu daripada seluruh warga sekolah, guru, murid dan ibubapa serta penjaga untuk menjayakan tugas dan tanggungjawab maing-masing. Terbinanya laman web ini adalah menjadi satu wadah yang penting bagi mencapai hasrat tersebut.
“Selamat menjalankan tugas dan tanggungjawab 2023”
Wabillahittaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Yang menjalankan amanah,
Zulkefli Hussain
En. Zulkefli bin Hussain,
Guru Besar SK Morib.
Sila rujuk Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Morib berkenaan dengan maklumat sekolah.