Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera,
Tuan/Puan,
Pendaftaran Kemasukan Kanak-Kanak Ke Tahun 1 Tahun 2025 akan dibuka mulai 2 Mei hingga 30 Jun 2024.
Pihak sekolah diingatkan agar membuat pemakluman sekali lagi kepada orang ramai berkaitan tarikh pendaftaran tersebut.
Mulai tahun ini juga ibu bapa/penjaga diminta untuk membuat dua salinan borang perakuan sekolah dan membawa kedua-dua salinan tersebut ke sekolah pertama yang dimohon untuk pihak sekolah cop TERIMA dan cop tarikh penerimaan.
Satu salinan akan diserahkan kepada pihak sekolah manakala satu salinan lagi untuk simpanan ibu bapa/penjaga.
Sekian, terima kasih.
Untuk makluman semua, Permohonan Kemasukan ke Sekolah Khusus telah ada di semua sosial media KPM
INFO KPM: Sukacita dimaklumkan permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sesi 2025/2026
dibuka mulai 1 Ogos 2024. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan berikut:
Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my/
Tingkatan 4/Tahun 1 SVM: https://spskt4.moe.gov.my/
𝗣𝗘𝗥𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝟭 & 𝟰 𝗠𝗥𝗦𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟱
Permohonan kemasukan ke MRSM bagi tingkatan 1 dan 4 2025 kini dibuka mulai 06 ogos hingga 06 September 2024!
MARA mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.
Sila klik pautan permohonan >> https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/
Syarat dan Pilihan Program MRSM >> https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/Syarat%20dan%20Pilihan%20Program%20MRSM.pdf
Follow Telegram MARA >>
https://t.me/majlisamanahrakyat
Follow TikTok MARA >>
https://www.tiktok.com/@majlisamanahrakyat
#MerakyatkanMARA
#MalaysiaMADANI